" "
Buletin

“KAMI TAK NAK TERLIBAT DALAM PERANG HARGA” – CEO STELLANTIS

Stellantis baru-baru ini mendedahkan ia akan mengelak daripada terlibat dalam perang harga yang boleh menyebabkan kerugian besar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Carlos Tavares, “Jika anda mengurangkan harga tanpa mengambil kira realiti kos anda, anda akan mengalami kerugian.”

“Saya cuba mengelak untuk bersaing atau bermula dari bawah,” katanya.

“Saya tahu sebuah syarikat yang telah mengurangkan harga secara mendadak dan keuntungan mereka juga menurun begitu ketara.”

Merespon mengenai gangguan penghantaran, beliau menegaskan bahawa syarikat tidak melihat kesan besar dengan situasi berkenaan.

“Perjalanan akan lebih lama, itu benar jika anda mengelilingi Afrika. Ia mungkin memberi kesan kepada kos, jadi mungkin ada perbincangan tentang kos dan bagaimana kita harus mengurangkannya.

“Tetapi pada peringkat ini, saya tidak nampak kesan lain daripada itu,” jelasnya.

Tambahnya lagi, gangguan Laut Merah tersebut tidak akan mengubah strategi penyumberan Stellantis.

Google ads
Back to top button