
HALANG PINTU MASUK BENGKEL, PEMILIK ALIH KERETA GUNA FORKLIFT – “JANGAN MARAH YE”
Tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang pemilik bengkel, mengalihkan kereta yang diletakkan di hadapan pintu masuk bengkelnya.
Menerusi TikTok @hasanalrazak, terdapat tiga buah kenderaan menghalangi pintu masuk bengkel berkenaan.
“Kalau nak ke Batu Caves, teruskan tapi janganlah parking depan bengkel aku. Aku ni nak berniaga,” katanya dalam video tersebut.

Oleh itu, Hasan tidak mempunyai pilihan selain, terpaksa menggunakan forklift untuk mengeluarkan kereta tersebut.
“Jadi, inilah ubatnya. Nanti dah bengkok sana, bengkok sini, janganlah marah ye dak.”
Walaupun tidak pasti jika Hasan mendapat maklum balas daripada pemandu, ramai dalam ruangan komen bersetuju dengan tindakan Hasan.

Seorang pengguna memberikan komen “Cantik abang susun, macam nak masuk kontena eksport ke Uganda.”
Pengguna lain hanya menulis, “Terbaik, bang.”
Pengguna lain, bagaimanapun, berharap mereka juga mempunyai forklift untuk mengeluarkan kereta yang sering menghalang pintu masuk rumah mereka. – The Rakyat Post
- BACA: ORA 07 TIBA DI PASARAN MALAYSIA SUKU PERTAMA 2024, TAWAR DUA VARIAN
- BACA: “KAMI TAK NAK TERLIBAT DALAM PERANG HARGA” – CEO STELLANTIS
- BACA: PROMOSI TAHUN BAHARU CINA, MICHELIN MALAYSIA TAWAR HADIAH EKSKLUSIF – DARI 15 JANUARI HINGGA 29 FEBRUARI 2024
- BACA: TOYOTA HIACE 2024 UNTUK JEPUN, WELCAB DAN AMBULANCE HIMEDIC TURUT DINAIK TARAF