
SAKSIKAN AKSI TOM CRUISE LAKUKAN DRIFT DENGAN SEBELAH TANGAN DALAM FILEM TERBARU – CAYALAH PAKCIK
Tahun ni banyak betul filem-filem box office bakal muncul di pawagan dan salah satu yang paling menarik ialah “Mission: Impossible – Dead Reckoning”. Dah namanya filem Mission Impossible mana boleh tak ada aksi kejar mengejar, tak kiralah menggunakan kereta ataupun motosikal. Kali ini lokasi yang terpilih ialah kota raya Rom, Itali.
Berdasarkan teaser yang mula ditayangkan di media sosial ia memaparkan aksi watak utama, Ethan Hunt lakonan Tom Cruise yang memandu dengan sebelah tangan sambil melakukan aksi drift di celah-celah kotaraya Rom.
Cruise yang digari tangannya dengan heroin file mini masih mampu memandu BMW sambil melarikan diri dari kejaran. Tambah menarik bila aksi drift dilakukan dengan kereta yang sudah tercabut pintunya. Silap-silap jatuh tertomoih atas jalan weh.
Selain BMW 5-Series terdapat juga aksi drift menggunakan model Fiat yang comel lotey, Fiat 500. Tapi bukan 500 standard tahu tapi ini yang sudah diubahsuai dan menggunakan trenkuasa elektrik.
Aksi drift dalam bandaraya yang sesak seperti Rom memang sangat sukar dilakukan dan sebagai bonus jalan-jalan raya lama Rom dibina menggunakan batuan licin yang memang mencabar walau sehebat mana pun skil memandu anda.
Korang tengok je lah video teaser ni. Barulah terbuka sikit minda tu, ini balik-balik aksi Fast X yang bertemakan keluarga kaki kereta. Jangan marah aa.





