Artikel Pilihan

FILEM KEJAR MENGEJAR KERETA TERBAIK DI DUNIA – IA BUKANNYA FAST AND FURIOUS

Adegan kejar mengejar kereta akan membuatkan sesebuah filem aksi menjadi lebih menarik. Takkan hero asyik nak berlari ataupun naik LRT je. Terima kasih kepada pengarah John Frankenheimer yang pernah menghasilkan filem dengan adegan kejar mengejar kereta terbaik di dunia.

Beliau pernah mengejutkan dunia dengan aksi yang sama pada tahun 1966 melalui filem Grand Prix dan sekali lagi menggunakan ramuan yang sama untuk filem epic, Ronin keluaran tahun 1998. TikTok mana ada lagi masa tu dan kami semua masih muda remaja.

Ronin menggegarkan dunia dengan aksi kejar mengejar kereta tanpa penggunaan elemen CGI dan menampilkan lakonan hebat Robert De Niro, Jean Reno, Sean Bean (tak ada kena mengena dengan Mr Bean) dan Stellan Skarsgard. Ia memaparkan semua bahan yang wajib ada dalam filem aksi dari perisikan, rompakan, awek yang khianat, kemusnahan gerai buah-buahan, kemusnahan café ala hipster dan senarai kematian watak jahat yang panjang berjela.

Walaupun sarat dengan aksi kereta tapi filem ini tidak menampilkan supercar-supercar hebat pada tahun 90 an seperti Diablo, Ferrari 512 dan sebagainya. Paling cool dalam file mini rasanya ialah Audi S8 sedan. Ya, kereta JDM macam Lancer Evo ataupun GT-R langsung tak ada. Tapi Audi yang macam abah-abah bawak ni pun bukan calang-calang. Ia mempunyai enjin V8 4.2 literyang mampu menghasilkan 360 hp kuasa.

Sebuah lagi kenderaan pilihan watak utama ialah Mercedes-Benz 450SEL 1876. Ya, klasik bukan? Kereta-kereta lain yang muncul termasuklah BMW E34 1991, Peugeot 406 (macam hero filem Taxi tu), Peugeot 605, Citroen XM dan Xantia. Semuanya dipandu sendiri oleh pelakon dan pelagak ngeri tanpa bantuan CGI.

Pilihan kereta tersebut merupakan senjata yang digunakan oleh Frankenheimer untuk mencipta adegan kejar mengejar paling epik, melajukan denyutan jantung para pelakon dan menakutkan warga Paris. Mustahil permit untuk adegan seperti ini mampu diperolehi lagi pada zaman ini.

Tengok sahaja adegan kejar mengejar De Niro dan Reno menggunakan Peugeot 406 berlawan dengan kereta BMW watak antagonis merentasi tiga dataran bersejarah Paris melalui selekoh-selekoh tajam dan mengejutkan aliran trafik dengan aksi mencilok dan tembak menembak. Jangan mimpi la nak buat lagi adegan macam ni zaman sekarang tanpa janaan komputer.

Kebanyakan pengarah pada zaman itu merakam adegan kejar mengejar pada kelajuan rendah sebelum mempercepatkannya dalam proses suntingan. Frankenheimer lain, beliau menggunakan kamera 35-mm dan perlukan kereta-kereta dipandu dengan kelajuan tinggi seperti sepatutnya. Mempercepatkan kelajuan akan mencacatkan pencahayaan filem. Hasilnya lahir adegan yang #gilabest.

406 dan E34 tersebut dipandu dengan kelajuan 120 kmj dalam kesesakan bandar Paris dan kereta-kereta lain diarahkan mengekalkan kelajuan pada 60 kmj dan dilarang menukar lorong. Semuanya mesti sempurna dan kesilapan kecil memang akan membawa padah.

Semuanya berlaku mengikut perancangan dan hasilnya lahirlah sebuah filem dengan aksi kejar mengejar kereta paling epik tanpa kelibat budak-budak muda berantai, bertopi senget dengan awek-awek yang berpakaian tak cukup kain.

Siapa setuju filem ni best kita geng. Oh, lupa nak cakap, kereta kamera untuk filem Ronin ni ialah Porsche 911 dan coordinator aksi kereta, Jean-Claude Lagniez merupakan bekas pelumba Le Mans selama 11 tahun.

Google ads
Back to top button