
FOTO VOLVO EM90 DIDEDAHKAN – BAKAL LANCAR 12 NOVEMBER INI
Foto model elektrik baharu Volvo, minivan EM90, baru-baru ini tersebar setelah Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China mendedahkan model elektrik itu sebelum debut rasminya yang dijadualkan pada 12 November ini.
Minivan pertama Volvo sebenarnya adalah versi rebadged Zeekr 009 yang diperkenalkan tahun lepas, malah, profilnya kelihatan sama kecuali dipadankan dengan rim aloi berbeza.
Volvo EM90 dipadankan bersama Unit lampu hadapan dengan LED tukur Thor, jeriji tertutup, bampar depan baharu, lampu belakang berbentuk T serta rekaan rim bersaiz 19 atau 20 inci.

Walau bagaimanapun, tiada pendedahan dibuat untuk bahagian dalam kabin, tetapi ia dijangka dilengkapi upholsteri gred premium, termasuk susun atur enam tempat duduk tiga baris.
Menurut laporan, Volvo EM90 berukuran 5,206mm panjang, 2,024mm lebar dan 1,859mm tinggi, dengan jarak roda 3,205mm.
Sebagai perbandingan, Zeekr 009 adalah 3mm lebih panjang dan 8mm lebih tinggi.
Untuk kuasa pula, ia dilengkapi dengan motor elektrik tunggal dipasang di belakang, menghasilkan 268hp. Seperti semua model Volvo, kelajuan tertinggi minivan elektrik dihadkan secara elektronik kepada 180 km/j.
Sama seperti Zeekr 009, ia dimuatkan dengan pek bateri NMC (nickel manganese cobalt) yang dihasilkan oleh CATL Geely.
Kapasiti pek bateri berkenaan dianggarkan sekitar 116 kWh, menawarkan jarak gerak lebih jauh berbanding Zeekr 009, 702km.
Volvo EM90 bakal membuat penampilan sulungnya pada 12 November ini dan dikeluarkan di Zhejiang, China.
- BACA: VOLVO XC60, SUV KELUARGA DENGAN 314HP DAN 709NM TORK
- BACA: VOLVO HANYA JUAL SUV SAHAJA DI UK, TIADA LAGI MODEL SEDAN, WAGON
- BACA: NIKMATI REBAT SEHINGGA RM20,000 UNTUK VOLVO BAHARU DENGAN VOLVO CAR FINANCIAL SERVICE, KADAR FAEDAH SERENDAH 1.71% SAHAJA
- BACA: FOTO INTIP MPV ELEKTRIK VOLVO, MIRIP ZEEKR 009 – BAKAL DILANCARKAN PADA Q4 2023


