Buletin

NETA V BAKAL DILANCARKAN PADA 25 OKTOBER INI – HARGA BERMULA RM99K

Neta baru-baru ini mendedahkan Neta V bakal dilancarkan pada 25 Oktober ini untuk pasaran tempatan.

Perkara tersebut dinyatakan melalui laman Facebook rasmi milik Neta.

Untuk rekod, syarikat berkenaan melaporkan bahawa ia telah menerima lebih 100 tempahan semasa diperkenalkan di Malaysia Auto Show 2023.

Dimensi Neta V ialah 4,070mm panjang, lebar 1,690mm dan tinggi pula ialah 1,540mm. Jarak antara roda pula ditetapkan pada 2,420mm serta datang dengan berat 1,151kg.

Dari segi saiz luaran, Neta V besar sedikit daripada kereta kompak paling popular iaitu Perodua Myvi dengan kapasiti 5 penumpang.

Di bahagian dalam, ia dilengkapi skrin 14.6 inci dengan resolusi High Definition, ketersambungan telefon pintar dengan ciri Android Auto/Apple Car Play, serta menempatkan pelbagai butang termasuklah penyaman udara.

Melihat lebih terperinci, corong penyaman udara pula disusun secara melintang di sepanjang papan pemuka

Neta V dibekalkan dengan bateri yang dihasilkan oleh CATL iaitu lithium nickel cobalt manganate dengan kapasiti sebesar 38.54kWh.

Ini membolehkan Neta V dipandu sejauh 380km mengikut standard NEDC. Untuk pengecasan biasa dan onboard charger sebesar 6.6kWh, ia memerlukan masa selama 8 jam untuk dicaj penuh 100%

Sementara, jika dicaj dengan menggunakan DC Fast Charger serta soket CCS (Combine Charging System), ia hanya memerlukan masa 30 minit sahaja untuk dipenuhkan dari 30 peratus hingga 80 peratus.

Neta V dipasangkan dengan satu motor elektrik (Permanent Magnet Synchronous) sahaja menghasilkan sekitar 94hp, 160Nm tork dan semua kuasa dihantar ke roda depan.

Ini membolehkan Neta V memecut 0-50km/jam dalam masa 3.9 saat dan mencapai hadlaju maksima 120km/jam.

Untuk harga pula, ia boleh dimiliki pada harga bermula RM 99,800. – Autobuzz

Google ads
Back to top button