Artikel Pilihan

TRAILER TERBAHARU FAST X – LEBIH BANYAK KERETA HEBAT LEBIH BANYAK LETUPAN

Benar tuan-tuan, tak lama dah tarikh tayangan Fast X. Filem kesepuluh lanjutan Fast & Furious ni bakal menjengah ke pawagam sekitar bulan Mei. Kalau sebelum ini kita dah saksikan trailer selama empat minit Februari lepas kini ada satu lagi trailer terbaru dimuatnaik oleh penerbit. Lebih banyak letupan, kereta baru dan juga kemunculan kembali watak-watak asal F&f.

Antara aktor dan aktres asal yang muncul kembali ialah Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Nathalie Emmanuel, Jordana Brewster, Sung Kang (yang ori ya bukan yang China), Jason “PokYa” Statham, John Cena, Scott Eastwood dan Abang Japar (okey ni kami tipu). Pelakon-pelakon baharu pula ialah Brie Larson, Daniela Melchior dan Rita Moreno sebagai ibu Dom dan Mia. Ada mak lagi rupanya diorang ni.

Kalau korang perasan filem-filem F&F ni memang sarat dengan letupan kecuali tiga filem terawal la. Kali ini lagi dahsyat termasuk satu letupan bersekala mega yang mampu meletupkan separuh bandar Vatican City.

Model-model kereta muscle vintaj bergabung tenaga dengan kereta Eropah moden dan jentera berprestasi tinggi dari Asia. Semestinya penuh sarat la dengan kereta-kereta Dodge kalau dah Dom hero cerita ni. Lain la kalau heronya Abang Japar.

Kali ini cerita mengisahkan Dom dan ‘keluarganya’ dikejar oleh Jason Mamoa yang membawakan watak Dante seorang demi seorang. Siapa Dante ni? Senang cerita Dante ni anak kepada Hernan Reyes, watak jahat dari filem Fast 5 yang maut di tangan Dom dan keluarganya. Pemburuan bermula dan Los Angeles membawa ke Rome, Brazil ke London dan Portugal ke Antartika. Nasib baik tak pergi ke planet Nameck je.

Macam mana teruja tak? Kalau teruja kira on je lah. Kita jumpa kat panggung nanti untuk tonton sama-sama. Korang payung harga tiket kami payung karipap oksigen dengan sirap halia.

Google ads
Back to top button