Artikel Pilihan

SUT PERLUMBAAN MOTO GP DENGAN TEKNOLOGI BEG UDARA, SELAMATKAN NYAWA

Perlumbaan Moto GP Gran Prix Austria baru-baru ini menyaksikan kemalangan ngeri yang melibatkan Franco Morbidelli dan penunggang Johann Zarco berlanggar pada kelajuan hampir 300 km/j pada pusingan kelapan.

Namun apa yang ajaibnya ialah kedua-dua pelumba tersebut mampu berjalan keluar dari litar walaupun baru mengalami kemalangan yang teruk, hasil perlindungan sut perlumbaan dengan teknologi keselamatan beg udara. Penulis yakin tanpa perlindungan yang diberikan oleh sut perlumbaan tersebut, kedua dua pelumba pasti terlantar di hospital

Salah satu jenama yang digunakan oleh pelumba professional yang berkecimpung dalam perlumbaan ialah Dainese D-Air Racing Misano yang melindungi pelumba dengan 3 lapisan perlindungan iaitu lapisan perlindungan kerasbagi menghalang hentakan, lapisan perlindungan lembut bagi menyerap impak dan lapisan perlindungan dengan teknologi Artificial Intelligent dengan sistem beg udara terbina dalam sut

Apa yang menarik berkenaan dengan sut perlumbaan D-Air Racing ialah sut ini mampu mengesan kemungkinan anda terbabas disebabkan tayar depan atau tayar belakang hilang cengkaman, mengembungkan beg udara bagi melindungi abdomen bahagian atas dan menghalang kecederaan kepada penumpang.

Unit pengesan AI ini adalah seberat 650g dipasang di bahagian belakang penunggang dengan 7 alat pengesan yang dipasang diserata tempat dan disambungkan kepada sistem pnuematic bagi mengembungkan beg udara dalam sut perlumbaan sekiranya sistem mengesan kemungkinan penunggang terlibat dalam kemalangan.

Sut ini dihasilkan dari kulit lembu bermutu tinggi setebal 1.2mm dengan rawatan khas resin serta silikon. Ia menghasilkan sut kulit yang lembut, fleksible serta mampu menahan geseran sekiranya penunggang terseret di atas permukaan litar pada halaju yang tinggi.

Beberapa ciri perlindungan khas juga dipasang pada sut ini dipasang pada bahagian bahu, lutut dan juga siku bagi menghalang berlakunya kecederaan pada penunggang. Ia termasuklah Replaceable Elbow Slider yang dihasilkan dari nilon, pad titanium di belakang unit RES, pelapik aluminium pada bahagian bahu, serta unit perlindungan pada lutut yang dihasilkan daripada aloi titanium.

Sut perlumbaan dengan teknologi perlindungan ini telah diuji dengan 800 ujian berbeza bagi memastikan ia memberi perlindungan optimum pada penunggang serta mematuhi standard EEC/89686 yang ditetapkan oleh badan pemantau.

Google ads
Back to top button