BuletinMotosikal

MV AGUSTA UMUM PENGEMBANGAN GLOBAL, SASAR PENGELUARAN 10,000 UNIT SETAHUN

MV Agusta telah mengumumkan projek pengembangan besar-besaran bermula tahun 2025. Pelan pengembangan termasuk termasuk mempertingkatkan jumlah pengeluaran dan pembukaan rangkaian pengedar baharu. 

Difahamkan, pengembangan global mampu terlaksana selepas Pierer Moblity mengambil alih saham majoriti MV Agusta pada Mac 2024. 

MV Agusta dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa syarikat itu sedang menjalani transformasi signifikan dan merancang untuk mempertingkatkan pengeluaran motosikal sebanyak 10,000 di Varese, Itali sebanyak 10,000 unit setahun. 

Selain itu, MV Agusta turut rancang menambah 230 pengedar rasmi termasuk pusat servis di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia. 

Bagi pasaran Malaysia, MV Agusta diedarkan oleh pihak AFY Moblity Industries (AMI) yang turut bertanggungjawab memasang dan mengedar motosikal Suzuki disini. 

Google ads
Back to top button