TOYOTA HASILKAN GR86 LEGACY CONCEPT UNTUK SEMA 2024 – LIVERI RETRO YANG NOSTALGIK
Toyota sentiasa menghasilkan model-model yang gempak untuk pameran SEMA. Sebelum ini mereka pernah menunjukkan 4Runner TRD Surf dan Land Cruiser Rox dan pelbagai model lain. Kali ini istimewa sikit dengan fokus kegemilangan sukan rali satu ketika dahulu. Hasilnya lahir model konsep rali GR86 Rally Legacy.
Ia bakal dipertontonkan buat pertama kali di pameran SEMA minggu ini. Ia mempunyai sistem pacuan semua roda dan enjin berkuasa turbo yang lebih berkuasa. Toyota memilih tema retro kebanggaan mereka dengan liveri penuh Castrol, penghadang lumpur merah, rim berwarna putih dan kabin dengan piawaian keselamatan lengkap perlumbaan rali.
Ia mempunyai seat perlumbaan Sparco, roda stereng Saprco, sangka keselamatan dan…itu sajalah. Ini jentera rali jadi tak payah nak berangan ada pemain android ataupun CarPlay.
Enjin boxer 2.4 liter asal kini digantikan dengan enjin 3-selinder 1.6 liter turbo GR Corolla. Ini bermakan GR86 ini kini mempunyai sekitar 300 hp kuasa maksima. Hampir menyamai GR Corolla tapi Toyota menyatakan ia lebih berdaya saing. Gambar yang disertakan menunjukkn kotak gear sequential perlumbaan. Ia juga bermakna tiada gear manual bakal ditawarkan.
Proses pemasangan enjin GR Corolla dan sistem pacuan-semua-roda bukannya mudah. Para jurutera terpaksa mengubahsuai chasis supaya enjin baharu tersebut boleh dimasukkan. Ia juga bermakna banyak komponen GR Corolla terpaksa dimasukkan ke dalam kereta ini.
GR86 ini juga terpaksa meminjam differential belakang GR Corolla untuk mengekalkan nisbah gear yang sama seperti asal dari kilang. Paip ekzos yang diletakkan di bahagian tengah tu memang nampak cool habis.
Nak beli? Lupakan sahaja sebab Toyota tidak berminat untuk mengeluarkannya. Ia merupakan satu projek yang sukar untuk dilaksanakan kerana terlalu kompleks. Tak kisahlah, sebab kalau Toyota benar-benar buat pun belum tentu kami bergaji prebet ni mampu untuk memilikinya.