Motosikal

EICMA2024: RCB LEBAR SAYAP KE MILAN, KINI BERGERAK SEBAGAI JENAMA GLOBAL

Racing Boy merupakan jenama yang cukup dikenali di Malaysia sebelum dijenamakan semula sebagai RCB dalam usaha untuk menempah nama di peringkat antarabangsa. 

Bermula sebagai jenama yang terkenal dalam menghasilkan ‘superhead’ menerusi Uma Racing, RCB kini menjadi rakan teknikal kepada pasukan kejuaraan dunia MotoGP antaranya Aprilia, HRC, KTM, GasGas, Yamaha serta pasukan satelit termasuk Gresini Racing, Trackhouse Racing, Pertamina Enduro VR46 dan Pramac. 

Rakan teknikal bererti RCB membekalkan beberapa komponen penting kepada pasukan tersebut. 

Dalam pada itu, RCB juga melibatkan diri dalam pameran motosikal dan aksesori terbesar dunia, EICMA 2024 yang berlangsung di Milan baru-baru ini. 

Penyertaan RCB di EICMA buat kali kedua secara langsung membuktikan RCB kini menjadi jenama Malaysia yang kini telah mencapai peringkat global.

Dalam pada itu, kehadiran RCB di EICMA turut menyaksikan jenama dari Malaysia itu mempamerkan produk terbaru bagi tahun 2025. Berikut senarai produk mengikut jenis yang akan ditawarkan. 

Rim

  • RCB CT600 Casting CNC Rim (motosikal Honda dan Yamaha terpilih)
  • RCB SP500 Sport Rim (NMax)
  • RCB SP800 Sport Rim 
  • RCB SP500 Sport Rim (motosikal Honda dan Yamaha terpilih)

Suspensi

  • RCB Flow-S  (motosikal Honda dan Yamaha terpilih)
  • RCB Flow-Pro
  • RCB Tarmax (skuter Honda terpilih)
  • RCB C2 Series
  • RCB S3 Series (motosikal Honda dan Yamaha terpilih)
  • RCB DB3 Seriesn (motosikal Honda dan Yamaha terpilih)

Brake

  • RCB R34 Radial Monoblock (pitch 100mm)
  • RCB S1 (facelift) Master Brake Pump (saiz piston 14mm dan 17mm)
  • RBC S27 Floating BRake Caliper motosikal Honda dan Yamaha terpilih)
  • RCB S26 Floating Brake Caliper motosikal Honda dan Yamaha terpilih)

Handle grip

  • RCB Nagamaki Handle Grip (115mm dan 120mm)

Kesemua produk terbaru ini akan dipasarkan pada tahun 2025 dan melibatkan produk serba baharu dan dinaik taraf daripada tawaran sedia ada. 

Google ads
Back to top button