Modifikasi

MUGEN & HONDATA SUDAH SEDIAKAN KIT NAIKTARAF CIVIC MODEL BARU

Mugen Motorspor atau nama sebenarnya M-TECH Company Limited yang diasaskan oleh Hirotoshi Honda telah menghasilkan beberapa komponen naiktaraf bagi Honda Civic 2022. Walaupun baru dilancarkan, Mugen, Hondata dan Honda Performance Development telah menghasilkan beberapa komponen tambahan bagi tujuan aksesori.

Aksesori tambahan Mugen meliputi front lips di bahagan depan, skirtting di bahagian sisi, side mirror caps, sport rim dari jenis forged bersaiz 18 inci dengan kemasan cat berwarna hitam, rear diffuser di bahagian atas bonet belakang, 2 penutup bampar belakang yang digunakan pada bucu bampar dan berakhir pada lubang ekzos

Mugen menggunakan tema berwarna hitam bagi menyerlahkan lagi penggayaan aksesori mereka dan nampak sangat menyerlah dengan Honda Civic yang berwarna putih. Kalau kereta sudah digayakan dengan gaya ala-ala racing, rasanya kurang manis jika kuasa enjin tidak ditambah. Kalau kena kejar dengan Bezza malu pulak

Dalam keadaan standard, Honda Civic 2022 menghasilkan 180 kuasa kuda dan 240Nm tork daripada enjin 1500cc L15B7 pada crankshaft. Bagi tujuan tuning, hasil pemerhatian Hondata mendapati Honda Civic menghasilkan 162 kuasa kuda dan 220Nm tork pada tayar depan selepas kuasa disalurkan menerusi gear CVT

Jika bacaan yang diberikan oleh Hondata ini tepat, ini bermakna kecekapan mekanikal transmisi CVT Earthdream Honda mencapai sehingga 90%. Buat masa sekarang Hondata sedang membangunkan satu alat yang dinamalan FlashPro yang boleh dicucuk pada port OBD dan juga komputer riba bagi menaiktaraf sistem pengaturacraan ECU Honda

FlashPro boleh digunakan untuk memuatnaik pelbagai naik taraf software dan juga pelbagai sistem sokongan bagi kawalan sistem pengambilan udara, ekzos dan juga komponen naik taraf aftermarket berdasarkan kehendak pemilik

Proses naiktaraf ini mengambil masa dalam beberapa minit bagi mengubah throttle map. Dengan menggunakan petrol RON yang lebih tinggi serta ECU Honda yang diubah dalam aspek parameter aliran petrol, pemasaan, dan boost turbo Hondata berjaya menghasilkan kuasa tambahan sebanyak 34 kuasa kuda dan 68Nm tork

Ini menjadikan kuasa enjin Honda Civic 2022 naik daripada 180 kuasa kuda dan 240Nm tork menjadi 214 kuasa kuda dan 308Nm tork. Barulah sepadan kuasa enjin dengan aksesori Mugen atau Honda Performance Development yang digunakan.

Google ads
Back to top button