,
Buletin

LORI TANGKI BAWA RON95 TERBAKAR DI MIRI – PUNCA DAN NASIB PEMANDU MASIH BELUM DIKETAHUI

Sebuah lori tangki yang membawa muatan petrol RoON95 dilaporkan terbalik dan terbakar di Lebuh Raya Persisiran Pantai Miri-Bintulu pada jam 8.33 pagi tadi. 

Pasukan Bomba dan Penyelamat Miri telah menghantar jentera dan bomba ke tempat kejadian. Ketua  Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Superitendan Law Poh Kiong memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.30 pagi tadi. 

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sabtu, 16 Februari 2019

Bagaimanapun, punca kemalangan dan nasib pemandu lori tangki terbabit masih belum dapat dipastikan. 

Lori tangki tersebut dikatakan mampu membawa muatan sehingga 10,000 liter bahan api pada satu-satu masa.  

“Lori tangki itu dikatakan membawa bahan api RON95. Pasukan kami sedang berada di sana untuk memadamkan kebakaran. Insiden ini berlaku dekat bandar Bekenu, kira-kira 60km selatan Miri,” kata Poh Kiong. 

kredit foto/video: Facebook Info Roadblock/JPJPolis

Tags
Google ads
Back to top button