
BINA PELAMIN DEPAN JALAN UTAMA. JENGKAUT, LORI KAMBING DAN AMBULANS PUN LALU MACAM BIASA
Satu majlis perkahwinan di Kabupaten Kuningan, Jawa Barat tular di media sosial apabila pelaminnya dilintasi pelbagai jenis kenderaan termasuklah jentolak, lori membawa kambing dan ambulans.
Memetik laporan Detik.news, pelamin pasangan pengantin yang didirikan betul-betul berhadapan jalan utama membuatkan laluan tersebut dibuka kepada semua kenderaan untuk lalu-lalang. Rakaman video video yang mendapat reaksi netizen itu dikongsi oleh jurugambar majlis perkahwinan, Nur di laman Instagram @noey.arasima
Menurut Nur, ramai yang menyangka video itu palsu. Malah ada juga yang mengatakan ia merupakan majlis pandu lalu.
“Sebenarnya, majlis perkahwinan itu bukan pandu lalu tetapi pelamin pengantin didirikan di hadapan jalan utama. Jadi, ahli keluarga pengantik tidak mampu menghalang laluan kenderaan termasuk jentolak, ambulans dan lori pengangkut kambing ketika majlis berlangsung,” kata Nur.
Nur juga mengakui dia tidak menyangka rakaman itu akan menjadi tular kerana tujuan asal hanyalah merakam suasana majlis secara spontan. – Agensi
- BACA: AMUKAN GAJAH SEWA MAJLIS PERKAHWINAN. JAHANAMKAN KERETA DAN MOTOSIKAL
- BACA: KLUSTER KAYANGAN ANJUR MAJLIS KAHWIN DI DALAM PESAWAT. TIADA PENJARAKAN FIZIKAL, PELITUP MUKA
- BACA: BUAT LAPORAN PALSU SUBARU FORESTER HILANG. DUIT TUNTUTAN INSURANS NAK GUNA UNTUK KAHWIN
- BACA: SEWA HELIKOPTER, TABUR DUIT PADA MAJLIS KAHWIN ADIK