
PEMANDU SINGAPURA TUKAR PLAT KERETA UNTUK ELAK DISAMAN
Semalam, kecoh di laman media sosial apabila seorang pemilik kereta BMW yang dipercayai dari Singapura menukar nombor pendaftaran keretanya di sebuah stesen minyak Petron.
Ketika sedang mengisi petrol, pemandu kereta tersebut menukar nombor pendaftaran bahagian belakang kenderaan BMW E90 tersebut. Kemudian, gelagatnya berjaya dirakam dan dikongsi oleh beberapa laman facebook di Singapura.
Laman web facebook SG Road Vigilante – SGRV berjaya mendapatkan maklumat kenderaan tersebut yang mana menunjukkan ia merupakan nombor pendaftaran sebuah kereta Hyundai Elantra.

Ia diperiksa menerusi laman web Myeg kemudiannya menunjukkan kereta BMW tersebut pernah disaman di Malaysia menggunakan nombor pendaftaran palsu.


Menurut SG Road Vigilante juga, banyak kereta Singapura tidak pernah masuk ke Malaysia tetapi menerima saman dari Malaysia. ia dipercayai adalah kerana perbuatan memalsukan nombor pendaftaran seperti ini