
XIAOMI MS11 EV, BAKAL LANCAR 2024 – REKA BENTUK MAIN CEDOK SPORTCAR LAIN KE TU?
Xiaomi, syarikat teknologi dari China bakal melancarkan kenderaan pertamanya pada 2024 dengan mempertaruhkan sedan elektrik MS11 EV.
Xiaomi membina bahagian pembangunan MS11 EV ini pada 2021 dengan membeli syarikat teknologi pemanduan autonomi, Deepmotion Tech sebelum membina kilang pembuatan EV tidak lama kemudian.
Pada musim panas lalu, Xiaomi menampilkan versi prototaip dan versi pengeluaran pula bocor kepada umum baru-baru ini.

Dengan menampilkan gaya reka bentuk sport car yang signifikan, MS11 EV menggabungkan elemen sangat mirip dengan McLaren, terutamanya pada lampu hadapan serta bentuk bampar.
Untuk tampil lebih sporty, MS11 menambah lubang fender hadapan dan belakang, di samping brek Bembo berwarna kuning terang.
Sementara di bahagian belakang, bar lampu belakang lebar penuh mengingatkan kita kepada Aston Martin DBS, rim pula kelihatan agak serupa dengan Lamborghini Huracan Evo.
Di bahagian lain, terdapat pengesan Lidar yang dipasang di atas bumbung, manakala hendal pintu tertanam diberikan sentuhan teknologi.
Xiaomi masih belum mendedahkan spesifikasi serta kuasa yang digunakan. Setakat ini, Car News China melaporkan jentera itu menggunakan bateri yang dibekalkan oleh CATL dan BYD, manakala motor elektrik dihasilkan sendiri oleh Xiaomi.
Sebaik sahaja MS11 dilancarkan secara rasmi kelak, ia mungkin bersaing dengan kereta seperti Sony dan sedan Honda Afeela.
GALERI:





- BACA: CEO XIAOMI AUTOMOBILE SASAR JUALAN EV 10 JUTA UNIT SETIAP TAHUN. MAHU JADI PEMEGANG UTAMA PASARAN EV
- BACA: XIAOMI MAHU BELI KILANG BORGWARD DI BEIJING. KAPASITI PENGELUARAN 180K UNIT SETAHUN
- BACA: XIAOMI NAK BANGUNKAN KENDERAAN ELEKTRIK PULA?
- BACA: BANYAK PEMAIN INDUSTRI AUTOMOTIF TAK YAKIN DENGAN EV. KOS TINGGI ANTARA PUNCA UTAMA









