Buletin

XIAOMI MAHU BELI KILANG BORGWARD DI BEIJING. KAPASITI PENGELUARAN 180K UNIT SETAHUN

Xiaomi dilapor merancang untuk membeli kilang milik Borgward di Beijing dalam usaha mempercepatkan penyertaannya dalam industri pengeluaran kenderaan dan memastikan produksi pada masa depan lebih stabil. 

Menurut Persatuan Kewangan China, Xiaomi EV Inc kini giat bekerjasama dengan pihak berkuasa industri untuk mendapatkan kilang berkenaan. Pemilikan itu membolehkannya untuk mempunyai kapasiti pengeluaran produksi sebanyak 180,000 unit kenderaan. 

Borgward merupakan satu jenama kereta popular dari Jerman. Ia dimiliki 100 peratus oleh Foton Motor, anak syarikat Beijing Automotive Industry Corporation (BAIC) sejak tahun 2014. Foton Motor ialah pengeluar kenderaan komersial yang mahu beralih untuk menghasilkan kereta penumpang. 

Pada tahun 2019, Foton menjual 67 peratus saham kepada uCar, pengimport kereta terpakai, penyedia sewaan kereta masa pendek dan pembeli kereta terbesar di China. Namun, jenama Borgward terus bergelut untuk hidup dengan jualan kurang 500 unit sebulan.

Kilang Borgward terletak di Miyun Park, Beijing yang merupakan kawasan industri berteknologi tinggi. Kilang itu sudah dihentikan operasinya sejak setahun lalu. Ia menggunakan sistem pengilangan pintar Industri 4.0 Jerman. Kemudahan berkenaan direka untuk kapasiti pengeluaran sebanyak 180,000 unit kenderaan setahun pada fasa pertama dan 360,000 unit untuk fasa kedua. 

Kilang pintar yang fleksibel itu merangkumi proses penghasilan kenderaan lengkap seperti stamping, cat, pemasangan akhir, pemeriksaan, logistik dan IT. Apa yang lebih menarik, ia mampu mengilangkan kenderaan EV dan dan ICE di sana.  

Google ads
Back to top button