" "
Artikel Pilihan

MITSUBISHI PAJERO DIKATAKAN AKAN MUNCUL KEMBALI PADA TAHUN 2027 – BETUL KE NI?

Satu laporan diterima dari Jepun mengatakan yang Mitsubishi akan mengeluarkan kembali SUV ikonik mereka, Pajero, yang sebelum ini telah ditamatkan pengeluaran pada tahun 2021. Ia membuatkan seluruh peminat Pajero berada dalam keadaan duka nestapa tapi kalau benar berita yang diterima bermakna Mitsubishi bakal membuat pusingan U.

Laporan tersebut adalah daripada majalah popular Jepun, Best Car tapi ianya adalah eksklusif untuk cetakan isu bulan Februari. Mereka menyatakan yang pembangunan model Pajero baharu sudah bermula akan memasuki pasaran tahun 2027 kelak. Mesti ramai peminat Pajero yang tersenyum lebar bila dengar khabar gembira ni.

Pajero sebenarnya dihasilkan di fasiliti kilang khas dan dinamakan Pajero Manufacturing Co. Ltd dan selepas pengeluarannya ditamatkan, kilang tersebut telah dijual dan bertukar menjadi kilang pengeluaran tisu tandas. Jadi khabar ini pun sebenarnya masih membuatkan kami was-was.

Kemungkina besar juga Pajero baharu akan dihasilkan menggunakan platform Triton, pikap popular Mitsubishi untuk pasaran Asia Tenggara. Ia tidak pernah dipasarkan di Jepun sejak 2011 dan hanya akan diperkenalkan ke pasaran Jepun pada tahun ini.

Jadi kalau benar pun berita ini kemungkinan Pajero baharu akan menggunakan platform Triton. Ini kerana Mitsubishi sendiri pun mempunyai keupayaan ekonomi yang terhad.

Buat masa sekarang memang sudah ada Pajero yang dihasilkan dari platform Triton dan dinamakan Pajero Sport. Jadi mungkin lepas ini ia hanya akan dikenali dengan nama Pajero dan akan dipasarkan kembali di Jepun.

Triton buat masa sekarang diproduksikan di Thailand dan kalau benar Pajero akan dihasilkan semula kemungkinan ia turut akan diproduksikan di sana sebab kilang asalnya pun dah ditutup. Jadi rasa-rasa Pajero yang bukan dihasilkan oleh Pajero Manufacturing Co. Ltd ni layak ke dipanggil Pajero?

Google ads
Back to top button