Artikel Pilihan

7 SUV TERMAHAL DI DUNIA – ADA DUIT KENA LA SHOW OFF SIKIT

Duit yang banyak belum tentu boleh beli kebahagiaan tapi sekurang-kurangnya anda boleh beli SUV mahal. Sudah tentu syarikat seperti Mercedes, BMW dan Lamborghini turut mengeluarkan SUV dan tentunya ia tidak murah tapi ia tidak cukup rare. Ramai je yang mampu pakai. Kat bandar macam Kota Bharu pun ramai dah yang pakai Lamborghini Urus, Aruz tak payah cerita la.

Ini kami senaraikan 7 SUV paling mahal di dunia yang kami memang tak mampu pakai. Kesemuanya mencecah jutaan RM dan ada yang terpaksa ditempah khas. Kalau anda seorang diktator yang kaya raya anda mungkin boleh pilih satu daripadanya. Ke korang memang dah ada sebiji kat rumah?

  1. Ferrari Purosangue (USD402,050)

Purosangue ialah SUV sporty tunggal dari stable Ferrari dan juga merupakan pertama dengan empat pintu. Kelegaan bumi yang agak rendah membuatkan ia memang mustahil mampu menandingi Mercedes G-Class. Tapi kalau nak berlumba atas jalan atau di litar belum tentu kereta sports lain mampu menewaskannya. Ia mempunyai enjin 6.5 liter V12 yang mampu menghasilkan 715hp kuasa dan mampu mencecah kelajuan 100kmj hanya dalam masa 3.3 saat. SUV apa laju sangat ni.

  • Rolls-Royce Black Badge Cullinan (USD453,250)

Black Badge merupakan varian Cullinan yang dinaiktaraf akan menjadi lebih berkuasa. Selepas dinaiktaraf enjin 6.75 liter V12 SUV ini mampu menjana sekitar 600hp kuasa. Kotak gear automatik 8-kelajuannya juga kini mempunyai corak tukaran yang lebih agresif selain sistem suspensi yang juga dinaiktaraf.

  • Mercedes-Benz G63 AMG 6×6 (USD544,378)

Mercedes G-Class generasi sebelum sekarang turut ditawarkan dengan varian 6×6. Ia dilengkapi dengan enjin 5.5 liter V8 yang mampu menghasilkan 544hp kuasa maksima. SUV gergasi ini juga mempunyai tayar-tayar bersaiz 37 inci yang memudahkan pergerakannya sewaktu mengharung laluan off-road.

  • Mercedes-Maybach G650 Landaulet (USD754,200)

Sebuah lagi G-Class paling mahal dari generasi terdahulu yang dinamakan landaulet dengan bukan ala convertible pada bahagian belakang. Unit ini dikuasakan enjin 6.0 liter V12 dengan 621hp kuasa maksima. Ia memiliki kabin yang serba mewah siap dengan meja yang boleh dilipat, pemegang cawan dengan pemanas dan penyejuk selain sistem hiburan untuk tempat duduk belakang. Jumlahnya hanya dihadkan pada 99 unit sahaja.

  • Dartz Prombon (USD1,200,000)

Prombon merupakan SUV yang pelik dan mahal daripada Latvia. SUV berperisai ini menggunakan panel badan yang diperbuat daripada Kevlar-titanium, scanner retina, sistem keselamatan menggunakan cap jari, kamera, siren dan pembuka pintu berkuasa elektrik. Pembeli boleh memilih enjin buatan Mercedes 6.0 liter V12 turbo berkembar yang mampu menghasilkan hampir 1,500hp kuasa. Syarikat ini masih wujud dan bersedia menerima tempahan dari mereka yang berminat. Inilah SUV yang digunakan oleh Jeneral Aladeen dari negara Wadiyya. Kat mana tu? Korang gugel sendiri la ya.

  • Scarbo Vintage SV Rover (USD1,500,000)

Ini ialah SUV rugged gabungan rupa paras Ford Bronco asal, Land Rover Defender dan Humvee H1. Ia menggunakan enjin V8 supercharge yang mampu menjana sekitar 1,100hp kuasa. Nak varian elektrik pun boleh dengan 1,006hp kuasa. Kelegaan bumi yang tinggi dan sistem all-wheel-steer memudahkan kenderaan raksasa ini dikawal. Tapi harganya memang Israel habislah.

  • Karmann King (USD1,900,000)

Inilah juara SUV termahal di dunia. Karman Kings namanya dan ia sebenarnya diasaskan daripada trak tugas berat Ford F-550. Ia ditawarkan dengan pakej kalis peluru oleh syarikat pengeluar dan pembeli boleh memilih konfigurasi tempat duduk dari 4 ke tujuh kesemuanya.

SUV mewah ini juga dilengkapi dengan televisyen, peti sejuk, meja dan mesin pembuat kopi. Walaupun dilengkapi dengan enjin 6.8 liter V10 yang cukup berkuasa, kelajuannya cuma dihadkan pada 140 kmj. Takut cappuccino tumpah kot?

Karman dah lama berhenti keluarkan SUV ni. Jumlahnya yang terhad menjadikannya sukar untuk didapati walaupun anda seorang super scammer berjaya.

Sumber Motor1.com

Google ads
Back to top button