
PERODUA LANCAR AXIA E MT. SASAR GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH, RM22K, SEBULAN RM300 SAHAJA
Perodua memperkenalkan Axia E kepada umum di sini hari ini pada harga RM22,000 (tapa insurans) yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.
Ini merupakan varian Axia yang pernah diperkenalkan pada 2017 dan diperakui dengan penarafan 4-bintang Asean CAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
“Perodua Axia E adalah sebahagian daripada objektif asal kami untuk menyediakan mobiliti yang mampu milik dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

Axia E bertransmisi manual itu didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama 5 tahun. Terdapat tiga pilihan warna iaitu putih, perak dan warna baharu kelabu.
Sejak dilancarkan pada 2014 hingga 31 Mei 2023, Perodua telah merekodkan pendaftaran sebanyak 606,756 unit model Axia, termasuk Axia serba baharu yang dilancarkan pada Februari 2023.
Zainal berkata Perodua menyasar untuk menjual sehingga 1,500 unit sebulan Axia E, merangkumi pemilikan individu dan jualan korporat.

“Walaupun kami tidak menentukan siapa pelanggan kami, kami percaya bahawa model ini menjadi pilihan yang dialu-alukan ole majoriti rakyat Malaysia.
“Perodua Axia E telah diuji dan terbukti dalam pasaran selama bertahun-tahun dan kami percaya varian in akan memenuhi peranan semasanya untuk memberi peluang kepada pemilik motosikal memiliki kereta baharu.
“Berdasarkan perbincangan kami dengan institusi-institusi kewangan tempatan, kami mendapati hanya RM300 diperlukan untuk membayar kos sewa beli setiap bulan untuk memiliki Axia E. Ini adalah kos yang sama yang perlu dibayar oleh seseorang untuk membeli motosikal baharu secara sewa beli,” kata Zainal.
- BACA: PANDU UJI PERODUA AXIA SE 2023, 10 KOMEN AWAL KAMI
- BACA: INI AKSESORI GEAR UP YANG ANDA BOLEH TAMBAH PADA PERODUA AXIA 2023
- BACA: INI KOS SERVIS PERODUA AXIA 2023, HARGA SERVIS RAHMAH
- BACA: PERODUA AXIA 2023 RASMI DILANCARKAN. 1.0L NA, 4 VARIAN, BERMULA RM38,600 SAHAJA!
GALERI

















