
PEMEGANG SAHAM NAK LANCER EVO BAHARU. MITSUBISHI KATA NANTI DULU
Jentera ikonik Mitsubishi Lancer Evo sentiasa menjadi perhatian untuk dibangunkan model baharu dalam kalangan pemerhati dunia automotif.
Apatah lagi apabila Mitsubishi Motors mengumumkan bakal menghidupkan jenama Ralliart selepas hilang dari radar sukan pemotoran selama 11 tahun.
Bagaimanapun, pengeluar Jepun berkenaan mengesahkan tiada perancangan dalam agenda membangunkan model terbaharu Lancer Evo walaupun para pemegang syarikat terbabit meminta menghidupkan sedan itu.

Presiden Mitsubishi Motors, Takao Kato berkata, kos elektrifikasi melibatkan banyak kos pelaburan dan syarikat masih belum cukup kuat.
“Kami mengalami defisit besar tahun kewangan lalu, jadi kami mahu memulihkan syarikat dan kemudian memperkenalkan kenderaan ditunggu peminat,” katanya dalam satu kenyataan.

Biarpun, agak tipis melihat Evo ‘dihidupkan’ semula tetapi tidak bermakna ia tidak akan menjadi kenyataan. – carbuzz
- BACA: MITSUBISHI NAK HIDUPKAN SEMULA RALLIART SELEPAS 11 TAHUN
- BACA: KISAH MITSUBISHI LANCER EVOLUTION DAN OBSESI TENTANG JENAMA RALLIART!
- BACA: AUSTRALIA TAWAR MITSUBISHI PAJERO FINAL EDITION 2022. BERAKHIR SUDAH HAYAT SUV IKONIK JEPUN INI
- BACA: MITSUBISHI LANCER EVO VI EDISI TOMMI MAKINEN PECAH REKOD. DIBIDA LEBIH RM500K






