Buletin

MITSUBISHI LANCER EVO VI EDISI TOMMI MAKINEN PECAH REKOD. DIBIDA LEBIH RM500K

Mitsubishi United Kingdom (UK) menyaksikan beberapa koleksi model harga yang dilelong mencatat bidaan tertinggi baru-baru ini.

Antara ‘bintang’ yang menjadi perhatian dalam lelongan tersebut merupakan Mitsubishi Evo VI Edisi Tommi Makinen apabila mencatat rekod dengan bidaan sebanyak £100,100 (RM573,824).

Penjualan tersebut berjaya mengalahkan catatan rekod terdahulu dengan kelebihan sebanyak £1,100 (RM6,305).

Jentera #6  daripada 2,500 unit yang terdapat di seluruh dunia  itu dimiliki sendiri Mitsubishi UK sejak ia mula diperkenalkan memiliki perbatuan sebanyak 10,000km sahaja.

Selain Mitsubishi Evo VI Edisi Tommi Makinen, terdapat model-model lain yang mendapat bidaan menarik pada lelongan berkenaan.

Ia termasuk seperti: –

  • Mitsubishi Lancer Evolution IX MR FQ-360 HKS £68,900 (RM394,500)
  • Mitsubishi Evo X edisi FQ-440 MR – £58,100 (RM332,700)
  • Mitsubishi Lancer Evo IX Group N Works Rally Car – £61,700 (RM353,300)
  • Mitsubishi Starion– £21,100 (RM120,956)
  • Mitsubishi Colt Galant 2000 GLII – £11,600 (RM66,400)

Mitsubishi UK turut melepaskan koleksi model skala 7:10 Mitsubishi Model A 1917 yang dijual pada harga £13,700 (RM78,527).

“Kesemua kenderaan ini bukan sahaja sebahagian daripada sejarah dan khazanah di UK tetapi sangat istimewa,” kata Pengarah Operasi Mitsubishi UK, Paul Bridgen. – carscoops

Google ads
Back to top button