Artikel PilihanBuletin

FORD F-150 LIGHTNING, TRAK PIKAP ELEKTRIK PALING MODEN

Ford F-150 adalah antara model pikap trak yang popular dengan sejarah pengeluaran bermula dari tahun 1948, atau 73 tahun lepas. Model terbaru telah diperkenalkan pada tahun 2021 merupakan generasi ke 14 bagi model F-150 dengan 3 varian utama yang diperkenalkan iaitu hibrid, EV (Lightning) dan juga Raptor.

Bagi Ford F-150 Lightning, ia dihasilkan sebagai EV sepenuhnya pada harga permulaan RM 166,000 dengan 3 varian utama. Berikut ialah ciri-ciri utama yang ditawarkan pada Ford F-150 Lightning

1. F-150 dipasang dengan 2 motor elektrik yang menghasilkan 573 kuasa kuda dan 1051Nm tork yang dihantar kepada semua roda bagi menghasilkan sistem AWD.

2. Kuasa akan dibekalkan oleh bateri lithium ion yang dipakejkan dalam dalam pek tahan lasak bagi pemanduan offroad. Pek bateri ini diletakkan dalam dalam kerangka ladder frame bagi menjimatkan ruang.

3. Bergantung pada varian, bateri ini akan membolehkan Ford F-150 dipandu sejauh 370km bagi versi biasa dan 480km bagi varian yang menggunakan bateri yang lebih berkuasa.

4. Dari segi prestasi, Ford F-150 boleh memecut 0-100km/j dalam masa 4.5 saat namun setakat ini kami tidak pasti berkenaan dengan barapa halaju maksimum yang boleh dicapai oleh F-150

5. Dalam aspek pengecasan, F-150 boleh bergerak sejauh 87km jika dicas selama 10 minit dengan menggunakan sistem pengecasan pantas. Sistem ini akan mengecas bateri dari 15% ke 80% dalam masa 41 minit.

6. Tapi jika menggunakan sistem pengecasan yang disambungkan pada rumah, ia mengecas pada kadar 48km per jam. Tapi yang bagusnya jika bekalan elektrik rumah terputus, ia boleh membekalkan tenaga elektrik 9.6kw untuk rumah selama 3 hari.

7. F-150 boleh menunda beban seberat 4535kg di bahagian belakang dan membawa muatan sehingga 907kg di bahagian bedliner belakang. Mega Power Frunk atau ruang kargo di bahagian depan datang dengan kapasiti sehingga 400 liter

8. Dalam aspek pemanduan pintar, F-150 diberikan ciri Blue Cruise System yang membenarkan oemandu melepaskan tangan dari stering ketika auto cruise diaktifkan. Fungsi Pro Trailer Hitch membolehkan sistem mengawal kargo yang sedang ditunda

9. Mega Power Frunk datang dengan 2 punca kuasa 120 volt dan 2 USB. Manakala di bahagian bedliner, ia dibekalkan dengan sistem Pro Power Onboard yang membekalkan sehingga 9.6kW tenaga elektrik.

10. Terdapat 4 mode pemanduan yang ditawarkan iaitu Normal, Sport, Offroad dan Towing bergantung pada keadaan pemanduan. Sistem mode pemanduan ini boleh diakses dengan menggunakan skrin sesentih 15.5 inci

11. Skrin ini juga menunjukkan maklumat tambahan seperti Intelligent Range yang akan memaprkan jarak perjalanan berdasarkan situasi pemanduan, berat muatan, berat beban yang ditarik dan keadaan permukaan jalan

12. F-150 juga dihubungkan dengan ibupejabat Ford melalui sistem PowerUp, yang akan menaiktaraf semua perisian yang perlu secara automatik walaupun F-150 sedang dipandu.

13. Trak ini diuji secara ekstensif bagi memastikan sistem kalis air bateri berfungsi dengan baik termasuklah sistem perlindungan hentaman serta diuji pada suhu negatif 40 darjah Celcius

Ford dikatakan sedang membangunkan Ford Ranger EV bagi trak skala kecil dan siap sedia untuk bersaing dengan Hilux model terbaru yang datang dengan sistem hibrid dan juga EV.

Google ads
Back to top button