Peranti

Shell Lancar Aplikasi Minyak Pelincir

Aplikasi terbaharu ini direka untuk memudahkan proses pemilihan minyak pelincir.   

Pembekal minyak pelincir nombor satu di dunia, Shell telah mengumumkan pelancaran aplikasi mobil Minyak Pelincir Shell (Shell Lubricants) untuk peranti iOS dan Android.

Aplikasi percuma yang baru sahaja dilancarkan di Eropah itu mengintegrasikan alat pemilihan minyak pelincir Shell LubeMatch yang kini ada dalam laman web www.shell.com. Ia membolehkan pengguna mencari minyak pelincir Shell yang tepat untuk kenderaan serta peralatan industri.

Shell_Lubricants_Mobile_App_Screenshot

Aplikasi tersebut berperanan menyediakan cadangan minyak pelincir untuk kereta, motosikal, van, trak, kenderaan yang tidak dipandu di lebuh raya dan mesin bagi tujuan perindustrian. Di samping membolehkan pengguna berkongsi maklumat itu dengan mudah menerusi e-mel. Aplikasi itu turut menampilkan ciri seperti lampu suluh yang memang berguna terutama ketika hendak mencari sesuatu di dalam bonet.

Para pengguna boleh menyimpan pilihan minyak hitam mereka ke dalam ciri ‘Favourites’ dan mengakses berita-berita terkini serta promosi. Ini termasuklah maklumat serta video mengenai siri pengembaraan Shell Helix Driven to Extremes yang kini ditayangkan di saluran Discovery Channel.

Aplikasi ini mempunyai teknologi cloud binaan dalam yang membolehkannya sentiasa dikemas kini dengan kandungan baharu. Ini menjadikannya satu aplikasi yang terus diakses oleh para pelangan yang mahu mencari maklumat lebih lanjut dan membuat pilihan minyak pelincir yang betul untuk kenderaan atau mesin mereka.

Ketua Digital Global untuk Minyak Pelincir Shell, Oliver van Bilsen berkata, “Kandungan mobil telah menjadi platform yang amat penting di peringkat global. Justeru, adalah sangat bagus untuk memberi nilai tambah kepada para pelanggan berpotensi dan sedia ada. Shell mahu menawarkan sesuatu yang lebih bermanfaat kepada para pelanggan daripada hanya satu lagi pemainan video berkaitan pemanduan.

“Kami ingin membezakan Shell Lubricants dan menawarkan kefungsian yang memberikan nilai jangka panjang sebenar, serta sesuatu yang membuatkan orang ramai terus kembali mengaksesnya.

“Shell Lubricants merupakan yang pertama menawarkan aplikasi sebegini di pasaran. Kami gembira dengan kefungsian aplikasi ini. Jadi, kami akan terus mengembangkannya dengan lebih banyak ciri bagi meningkatkan pengalaman pengguna secara keseluruhannya,” tambahnya.

Mazda CX30

Aplikasi ini boleh dimuat turun untuk iPhone dan peranti Android mulai hari ini daripada ITunes store (http://bit.ly/RGgzMv) dan stor Google Play (http://bit.ly/TtdblV).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button