BOSCH Mrec – Desktop
Buletin

PETRONAS AUTOEXPERT. PUSAT SERVIS SEHENTI TERBAIK!

SHARE

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) bersama Petronas Lubricants International (PLI) telah melancarkan pusat servis sehenti Petronas AutoExpert yang menawarkan produk terbaik serta servis cemerlang kepada para pelanggan.

Pelancaran ini merupakan sebahagian rancangan PLI untuk memberikan kemudahan kepada para pelanggan dengan membawakan teknologi Petronas dan kepakaran teknikal di bawah satu bumbung.

Pusat ini merupakan yang pertama dari 100 pusat yang dijangka akan dibina di Malaysia serta lebih 30 buah negara dalam masa 5 tahun ini. Pusat servis pertama ini dikendalikan oleh rakan niaga tempatan iaitu Autohaus, sebuah pembekal servis auto berpengalaman serta pusat servis kereta yang boleh dipercayai.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Menurut Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran Petronas, Dato’ Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; “Pusat servis Petronas AutoExpert membolehkan para pelanggan menikmati kepakaran teknikal Petronas secara terus di bawah satu bumbung dengan selesa.

Ia juga menjadi nilai tambah yang lazimnya hanya untuk kenderaan dengan waranti, kini ia boleh dinikmati oleh semua pemandu dan penumpang di seluruh dunia.”

Pusat servis Petronas AutoExpert yang pertama di Autohaus KL ini melibatkan premis dua tingkat dan mempunyai 14 ruang servis dan dianggarkan sebanyak 40 buah kenderaan boleh dilakukan dalam sehari.

Lebih istimewa lagi, pusat servis ini terbuka kepada semua jenis dan jenama kereta, sama ada keluaran tempatan mahupun luar negara. Selain itu, Petronas turut menyediakan sokongan kepakaran seperti pelincir Synthium dalam memastikan para pelanggan mendapat servis yang terbaik.

Google ads
Back to top button