Artikel Pilihan

PETTER SOLBERG AKHIRNYA MENGGANTUNG HELMET. BERSARA DAH PAKCIK NI

SHARE

Nama Petter Solberg sesungguhnya boleh diangkat sebagai lagenda dalam dunia rali. Pernah memenangi kejuaraan World Rally Championship dan juga World Rallycross Championship. Ini mejadikan beliau, sebagai pemandu pertama yang berjaya merangkul dua kejuaraan utama dalam perlumbaan rali.

Nama Petter Solberg sesungguhnya boleh diangkat sebagai lagenda dalam dunia rali. Pernah memenangi kejuaraan World Rally Championship (WRC) 2003 dan juga World Rallycross Championship (WRX) 2014/15. Ini mejadikan beliau, sebagai pemandu pertama yang berjaya merangkul dua kejuaraan utama dalam perlumbaan rali.

Ketika menjuarai WRC 2003, beliau sempat bertarung dengan bintang yang sedang meningkat naik di kala itu, Sébastien Loeb. Ternyata gandingan Petter Solberg dan Subaru cukup ampuh dikala itu.

Petter Solberg, kalau nak diikutkan tidaklah terlalu veteran sebenarnya. Berusia 44 tahun, dilahirkan pada 18 November 1974 di Norway. Selaku pemandu rali handalan, sudah tentulah darah rali telah lama mengalir dalam  tubuhnya. Kedua orang tuanya, Tove danTerje terlibat dalam siri perlumbaan bilcross di Norway sejenis perlumbaan bajet ala rallycross.

Setelah menimba pengalaman membantu penyiapkan kereta untuk kedua ibu bapa berlumba, Petter Solberg yang ketika itu telah pun berusia 18 tahun serta cukup umur untuk mengambil lesen akhirnya berpeluang untuk berlumba buat pertama kalinya.

Dan perjalananan karier perlumbaannya tampak seperti aturan yang sepatutnya apabila berjaya memenangi rallycross peringkat Norway pada tahun 1995. Malah pada tahn 1995 juga beliau berpeluang untuk menunjukkan aksinya dalam saingan Rali Norway buat pertama kalinya bersama kereta Volvo 240 bersama juruarah wanita, Maud dari Sweden yang kemudiannya bertukar status kepada kakak ipar beliau. Pada tahun 1998, beliau berjaya merangkul Norway Rally Championship.

Kemuncak kerjaya beliau sudah tentulah pada tahun 2003 ketika beraksi bersama pasukan Subaru. Dan pada tahun – tahun berikut, beliau masih mampu beraksi secara konsisten cuma ketika itu takdir Tuhan mengatakan ianya adalah musim untuk Sebastian Loeb pula menyinar. Petter hanya mampu ditempat kedua dibelakang Sebastian Loeb pada tahun 2003/04.

Sebagai orang lama, kepakaran Petter Solberg turut ditagih ketika pembangunan untuk model Volkswagen Polo GTI WRC 2 pada tahun lepas. Maklumlah, banyak makan garam kan si Pakcik Petter ni.

Walau pun telah menggantung helmet secara rasmi, namun Petter Solberg dijangka membuat beberapa penampilan istimewa seperti di Goodwood Festival of Speed Julai nanti.

Menurut Petter Solberg, tenaga dan kudrat beliau mungkin tidak seperti muda dahulu untuk bersaing secara kompetitif. Sesekali muncul dalam perlumbaan khas barangkali lebih sesuai dan santai.

Dan barangkali juga inilah masanya yang cukup sesuai untuk Petter menyokong kerjaya anaknya, Oliver yang kini turut berlumba dengan kereta Subaru Impreza.

BACA : SOLBERG DAN SUBARU KEMBALI BERGABUNG

BACA : JOM KENALI APA ITU RALLYCROSS


Tags
Google ads
Back to top button