Motosikal

PEUGEOT MOTOCYCLES SAH MASUK MALAYSIA, UMUM TIDAK LAMA LAGI

Pasaran motosikal tempatan akan dimeriahkan dengan jenama baharu kali ini menerusi Peugeot Motocycles. 

Jenama motosikal dari Perancis yang wujud sejak 1898 itu sah akan dipasarkan di Malaysia dengan pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi. 

Untuk rekod, Peugeot Motocycles pada awal penubuhan merupakan sebahagian dari Peugeot S.A yang terkenal dengan kenderaan empat roda sebelum diambil alih sepenuhnya oleh Mahindra & Mahindra pada tahun 2019. 

Terbaru, firma pelaburan Jerman, Mutares SE & Co. KGaA telah memiliki saham majoriti sebanyak 80 peratus dan menjadi pemilik terbaru Peugeot Motocycles. 

*XP400 GT

Kami difahamkan, antara model yang akan dibawa masuk secara CKD di Malaysia adalah Peugeot XP400 GT yang merupakan skuter gaya adventure yang popular di pasaran negara luar. 

Google ads
Back to top button