Motosikal

MAS2025: KYMCO DTX250 DIRASMIKAN – RM22,500

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, MODENAS selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan rasminya memperluas tawaran jenama skuter Taiwan itu dengan DTX250 terbaru. 

Berlangsung di Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025), DTX250 merupakan skuter maxi 250cc berkonsepkan ‘adventure’ dan boleh didapati dengan harga jualan RM22,500

Untuk rekod, KYMCO DTX250 ini tampil dengan reka bentuk yang diilhamkan daripada DTX360 yang dipasarkan di Eropah. Namun di pasaran China, model ini tampil dengan nama KYMCO S250. 

Membuat debut global pada tahun 2022, DTX250 ini tampil dengan beberapa ciri moden termasuk lampu LED dengan DRL (daytime running light), penghadang angin tinggi, panel meter digital LCD dan tangki bahan api 13.5L. 

DTX250 juga menawarkan sistem keselamatan terkini antaranya ABS dwi-saluran dan ‘traction control’ secara standard. 

Atas kertas, DTX250 menawarkan 22.8hp pada 7,500rpm dan 23.6Nm pada 6,000rpm hasil daripada enjin satu silinder 250cc 4-valve. Ini bermakna, DTX250 lebih berkuasa berbanding Modenas Elegan EX yang juga merupakan skuter yang dijenamakan semula dari Kymco. 

Google ads
Back to top button