Buletin

KECEWA KILANG NISSAN DI BARCELONA TUTUP, PEKERJA BAKAR TAYAR TANDA PROTES

Keputusan Nissan untuk menutup kilangnya di Barcelona selepas empat dekad beroperasi jelas mencetuskan kemarahan para pekerja yang melakukan protes dengan membakar tayar. 

Asap hitam tebal dilihat menyelubungi udara di hadapan sebuah kilang Nissan. Kesatuan pekerja mendakwa penutupan kilang akan menjejaskan pendapatan sekurang-kurangnya 23,000 individu. 

Daalm satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Nissa Makoto Uchida memberitahu pihaknya terpaksa mengambil keputusan sukar itu bagi mengurangkan lebihan kapasiti produksi dan meningkatkan tahap kompetitif syarikat. 

Langkah itu dibaut biarpun kerajaan Sepanyol berusaha memastikan kilang tersebut terus dibuka. “Kami kesal dengan keputusan Nissan untuk keluar bukan sahaja dari Sepanyol, malah Eropah untuk memberi fokus kepada perniagaannya di Asia. 

“Sedangkan kerajaan sudah berusaha keras untuk memastikan perniagaannya terus berdaya maju. Kami cuba mencari semua jalan penyelesaian kerana tumpuan utama adalah untuk memastikan pekerja tidak mata pencarian,” kata Menteri Luar Negara Sepanyol, Arancha Gonzalez Laya. 

Laya juga tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan pembeli kilang tersebut. Madrid mendakwa kos menutup operasi kilang di Barcelona adalah lebih tinggi daripada pelaburan yang diperlukan untuk memastikannya terus berjalan. 

Industri automotif Sepanyol merupakan yang kedua terbesar selepas Jerman, ia mewakili 10 peratus produk keluaran kasar negara berkenaan. Dengan pelaksanaan Brexit, Barcelona menjadi kilang utama Nissan di Kesatuan Eropah. 

Seorang pekerja yang telah bersama Nissan selama 32 tahun, Jordi Carbonell menyatakan dia rasa tertipu oleh pihak pengurusan Nissan. “Sangat memalukan apabila sebuah syarikat multinasional meninggalkan kami di tengah-tengah pandemik COVID-19,” kata Carbonell. 

Google ads
Back to top button