Buletin

PORSCHE CAYENNE ELECTRIC KINI DI MALAYSIA – HARGA DARI RM699K

Porsche Malaysia menerusi Sime Darby Auto Performance secara rasmi memperkenalkan Cayenne Electric baharu di Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu bagi model SUV paling popular jenama itu.

Model serba elektrik ini menyertai barisan Cayenne enjin pembakaran dalaman dan plug-in hibrid yang turut ditawarkan di pasaran tempatan.

Dengan gabungan prestasi luar biasa, teknologi elektrik terkini serta tahap keselesaan tinggi, Cayenne Electric direka untuk memenuhi keperluan harian tanpa mengorbankan identiti pemanduan Porsche.

Cayenne Electric kini dibuka untuk tempahan dengan harga bermula RM699,000.

Prestasi Utama Cayenne Turbo Electric

  • Kuasa maksimum sehingga 850kW (1,156PS) menerusi Launch Control
  • Tork 1,500Nm
  • Kuasa sehingga 630kW (857PS) dalam mod pemanduan biasa
  • Fungsi Push-to-Pass menambah 130kW (176PS) selama 10 saat
  • Pecutan 0-100 km/j dalam 2.5 saat
  • Pecutan 0-200 km/j dalam 7.4 saat
  • Kelajuan maksimum 260 km/j
  • Sistem pemulihan tenaga sehingga 600kW
  • Penyejukan minyak terus untuk motor elektrik belakang (Turbo Electric)

Casis Dan Dinamik Pemanduan

  • Pacuan semua roda dengan Porsche Traction Management (ePTM)
  • Suspensi udara adaptif dengan Porsche Active Suspension Management (PASM) sebagai standard
  • Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus) untuk varian Turbo Electric
  • Sistem stereng gandar belakang sehingga lima darjah
  • Porsche Active Ride ditawarkan pada varian terpilih
  • Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB) tersedia sebagai pilihan

Bateri Dan Pengecasan

  • Pek bateri voltan tinggi 113kWh
  • Sistem penyejukan dua sisi untuk pengurusan haba optimum
  • Seni bina elektrik 800 volt
  • Pengecasan DC sehingga 390kW, atau 400kW dalam keadaan tertentu
  • Tahap bateri 10% hingga 80% dalam kurang 16 minit
  • Tambahan jarak sehingga 325 km dalam masa 10 minit pengecasan

Jarak Pemanduan (WLTP)

  • Cayenne Electric: sehingga 642 km
  • Cayenne S Electric: sehingga 653 km
  • Cayenne Turbo Electric: sehingga 623 km
  • Cayenne Coupé Electric: sehingga 669 km

Dari segi rekaan, Cayenne Electric menampilkan identiti Porsche yang lebih moden dengan lampu Matrix LED yang lebih tirus, bonet rendah serta garis bumbung ‘flyline’ yang menjadi tanda pengenalan model Porsche.

Di bahagian belakang pula, jalur lampu 3D bersama logo Porsche bercahaya menyerlahkan penampilan futuristik SUV ini.

Bagi varian Turbo Electric, kemasan eksklusif Turbonite digunakan pada beberapa komponen termasuk logo Porsche, rim aloi dan bingkai tingkap untuk memberikan imej lebih agresif.

Aerodinamik turut diberi perhatian dengan pekali seretan hanya 0.25 bagi model SUV dan 0.23 untuk versi Coupé. Sistem Porsche Active Aerodynamics membantu meningkatkan kecekapan tenaga serta kestabilan ketika pemanduan berkelajuan tinggi.

Dimensi Dan Ruang Kargo

  • Panjang: 4,985mm
  • Lebar: 1,980mm
  • Tinggi: 1,674mm
  • Jarak roda: 3,023mm
  • Ruang simpanan belakang: 781 hingga 1,588 liter
  • Ruang simpanan hadapan (frunk): 90 liter
  • Kapasiti tunda sehingga 3.5 tan

Di bahagian kabin, Porsche memperkenalkan Mood Modes yang membolehkan suasana dalaman berubah mengikut mod pilihan pemandu. Sistem ini mengawal kedudukan tempat duduk, pencahayaan, pendingin hawa, profil bunyi dan paparan digital secara automatik.

Turut ditawarkan ialah bumbung Panoramic Roof dengan Variable Light Control, pemanas panel dalaman, pencahayaan ambien lanjutan serta jalur lampu komunikasi yang memaparkan status kenderaan termasuk proses pengecasan.

Teknologi Digital

  • Paparan Flow Display OLED melengkung
  • Kluster instrumen digital OLED 14.25-inci
  • Skrin infotainmen 14.9-inci
  • Paparan penumpang hadapan sebagai pilihan
  • Paparan Head-Up Display realiti tambahan (AR)
  • Sistem Voice Pilot berasaskan kecerdasan buatan (AI)
  • Porsche App Centre dengan aplikasi pihak ketiga
  • Porsche Digital Key untuk telefon pintar dan jam pintar
  • Kunci digital boleh dikongsi kepada tujuh pengguna lain

Khusus untuk pelanggan Malaysia, Cayenne Electric hadir dengan beberapa kelengkapan tambahan sebagai standard.

Kelengkapan Standard Untuk Malaysia

  • Penyaman udara automatik empat zon
  • Tempat duduk hadapan elektrik 14-larasan
  • Tirai matahari elektrik tingkap belakang
  • Sistem audio BOSE Surround Sound
  • Sport Chrono Package dengan Electric Sport Sound
  • Automatic Parking bersama 2D Surround View
  • Stereng gandar belakang
  • Storage Package
  • Soket kuasa 230V di ruang kargo
  • Sistem penapisan udara
  • Persediaan pengecasan tanpa wayar Porsche

Varian Cayenne S Electric turut menerima lampu HD Matrix LED sebagai standard, manakala Turbo Electric dilengkapi sistem audio Burmester, Mood Modes dan paparan AR Head-Up Display.

Selain versi SUV, Porsche turut menawarkan Cayenne Coupé Electric yang menampilkan profil lebih sporty dengan garis bumbung diinspirasikan daripada model ikonik 911.

Walaupun lebih rendah, model ini masih menawarkan tahap praktikaliti tinggi dengan ruang kargo sehingga 1,347 liter serta ruang hadapan 90 liter.

Harga Porsche Cayenne Electric Di Malaysia

  • Cayenne Electric – RM699,000
  • Cayenne S Electric – RM759,000
  • Cayenne Turbo Electric – RM969,999
  • Cayenne Coupé Electric – RM749,000
  • Cayenne S Coupé Electric – RM805,000
  • Cayenne Turbo Coupé Electric – RM999,999

GALERI:

Google ads
Back to top button