Motosikal

ROYAL ENFIELD KOMITED PERLUAS TAWARAN MOTOSIKAL DI MALAYSIA 

Sempena meraikan ulang tahun ke-125, Royal Enfield, selaku antara jenama tertua di dunia komited untuk terus memeriahkan pasaran motosikal di Malaysia dengan tawaran baharu. 

Perkara itu disampaikan Ketua Operasi Perniagaan Royal Enfield bagi pasaran Asia Pasifik, Manoj Gajarlawar. 

Jelasnya, Royal Enfield meletakkan sasaran untuk memperluaskan segmen motosikal pertengahan di Maalysia dengan tawaran yang lebih pelbagai. 

Menariknya, sejak bertapak di Malaysia dibawah pengurusan Didi Group, Royal Enfield mula menampakkan pertumbuhan yang kukuh. 

Antara penyumbang utama adalah pembangunan komuniti di seluruh negara. Pada awal tahun ini, Royal Enfield Malaysia turut berjaya melakar nama dalam Malaysia Book of Records selepas berjaya mengumpulkan lebih 850 motosikal Royal Enfield dalam satu masa. 

Sementara itu, Royal Enfield turut melangkah ke dunia custom culture selepas kolaborasi bersama Pa’din Musa menyaksikan lahirnya Obsidian, sebuah motosikal kustom yang dipamerkan di Art of Speed 2026. 

Google ads
Back to top button