" "
Buletin

GM SENYAP-SENYAP BAIKI LEBIH 11,000 UNIT TESLA. PRESIDEN SENDIRI PECAH RAHSIA

Presiden General Motors (GM), Mark Reuss dalam ucapan pada acara Hari Pelabur GM 2022 mengejutkan banyak pihak apabila mendedahkan sebilangan pengedar kecil GM telah melakukan pembaikan ke atas beribu-ribu unit Tesla dalam tempoh lebih setahun.

Sejak tahun 2021, pengedar kecil GM membaiki 11,180 unit Tesla.

“Mereka mempunyai pengetahuan teknikal dan aspek perkhidmatan pelanggan. Ini adalah cabang perniagaan baharu yang hebat,” kata Reuss sambil tergelak kecil ketika mengumumkan berita tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat pro dan kontra untuk GM mahu pun pelanggan Tesla. Dengan perkhidmatan pelanggan dari GM kepada Tesla, ia memudahkan pihak GM melihat dengan lebih mendalam kenderaan pesaingnya itu.

Manakala untuk pelanggan Tesla pula, ia nyata memudahkan mereka untuk mengakses perkhidmatan yang sukar dicari.

Reuss menegaskan dalam pembentangan itu, lebih 90 peratus rakyat Amerika tinggal dalam jarak 16 kilometer dari pengedar GM.

Tesla kini melabur berjuta-juta untuk membina lebih banyak kemudahan pembaikan Tesla berhampiran dengan pengedar GM dalam usaha memastikan pelanggan pergi ke kemudahan mereka.

Setelah pelbagai isu melanda Tesla, pastinya kehadiran pusat perkhidmatan GM berdekatan membuatkan pelanggan Tesla berpuas hati. Apatah lagi selepas mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran sama ada dari segi servis atau alat ganti yang kadang-kala mengambil masa sehingga berbulan-bulan.

Google ads
Back to top button