Artikel Pilihan

KENAPA GEAR MANUAL BUATAN HONDA SANGAT BAGUS DAN PALING SERONOK DIGUNAKAN?

Anda pernah pandu mana-mana kereta buatan Honda dengan gear manual? Penulis pernah memandu model Honda yang moden seperti Honda CRZ manual (satu-satunya model hibrid dengan manual di dunia) dan juga Honda Civic Type R. Dan kami juga yakin ada pembaca yang masih sayangkan Honda manual lama disebabkan feel penukaran gear yang lazat

Short throw atau tolakan tombol gear dari kedudukan Neutral ke mana-mana gear adalah pendek, diikuti dengan kemasukan gigi gear yang tepat, mudah untuk digunakan serta ringan menjadikan gear manual Honda adalah trade secret yang disimpan ketat-ketat. Sehinggakan Gordon Murray meletakkan penanda aras gear manual GMA T.50 mesti sama dengan Honda S600.

Kalau kita ikuti sejarah Honda, formula pembuatan kereta mereka adalah sama iaitu enjin berada di depan cesi, dipasang melintang dan menggunakan pacuan roda depan. Hanya Honda S2000 sahaja merupakan enjin berada di depan dengan pacuan roda belakang dan juga Honda NSX.

“Rasa penukaran gear merupakan fokus utama pembinaan gear di Honda” merupakan mantra yang dipegang oleh Hideki Kakinuma. Keadaan ini juga menerangkan kenapa Honda meletakkan usaha dan fokus yang banyak pada gear manual mereka

“Segala komponen yang dibat mestilah dihasilkan dalam keadaan terbaik, bermula daripada tombol gear manual kepada kotak gear manual. Jika anda ada kotak gear yang bags tapi sambungan mekanikal dari tombol gear ke kotak gear “hauk” maka anda tidak akan rasa penukaran gear yang bagus” ujar Chris Weismann of Traction Products, firma pembuatan gear untuk perlumbaan

Weisman juga mendapati unit synchronizers adalah faktor penting bagi mencapai reasa penukaran gear yang bagus dihasilkan dengan teliti oleh Honda, mengikut aras kualiti yang sangat tinggi dan mutu oenghasilan komponen ini sentiasa dinaiktaraf setiap tahun.

“Segala bucu yang kasar tidak wujud pada komponen gear Honda, dengan semua gigi gear bertemu antara satu sama lain dengan sempurna dan mengikut julat ukuran telransi seperti dalam manual pembuatan Honda” tambah Weisman

Selama bertahun-tahun, Honda menggunakan rod logam sebagai sambungan daripada tombol gear ke kotak gear yang sangat susah untuk dihasilkan dan dipakejkan tapi memberikan rasa penukaran gear yang sangat bagus. Ia digunakan pada Honda DC2 Integra Type R dan juga Honda S2000.

Hanya Honda NSX sahaja yang menggunakan sambungan kabel daripada tombol gear ke kotak gear disebabkan kedudukan enjin yang berada di belakang pemandu pacuan belakang yang menyukarkan penggunaan rod logam. Tapi Honda masih berjaya memberikan rasa penukaran gear yang sama meskipun menggunakan kabel

Menjelang awal dekad 2000, Honda mula menggunakan kabel berbanding rod logam sebagai sambungan daripada tombol gear ke kotak gear bagi kereta Honda pacuan depan dengan menggunakan Honda NSX sebagai penanda aras kualiti dan feel penukaran gear

Menurut Huibert Meiss yang pernah bertugas di Ford bagi menghasilkan komponen gear manual dan meletakkan Honda NSX sebagai penanada aras”bagi kereta manual yang menggunakan kabel, adalah sangat penting untuk memastikan bilangan lengkok kabel adalah minima dan radius lengkok kabel mestilah sehabis besar. Jika anda ubah resipi ini, maka rasa sedap sewaktu menukar gear manual dengan sambungan kabel akan terjejas”

“Rekaan tuas tombol gear daripada Civic Type R generasi lama dikekalkan, tapi ketegaran sambungan penukar gear ditambah, pergerakan tombol gear secara mendatar dikurangkan bagi memberikan lebih direct feel” ujar Hideki Kakinuma

Malah Honda bersusah payah menghasilkan shift linkage yang unik khas untuk Civic Type R bertujuan “memaksimumkan kelancaran rasa penukaran gear dengan emluruskan bentuk shift gate terutama ketika menukar gear dari gear 4 ke gear 5.

Honda Civic Type R merupakan kereta pacuan depan Honda pertama yang dihasilkan dengan 315 kuasa kuda dan 410Nm tork. Apabila digabungkan dengan transmisi manual yang dihasilkan daripada komponen yang ringan, ia akan memberikan rasa penukaran kotak gear yang lebih memuaskan hati berbanding dengan kotak gear klac berkembar

Google ads
Back to top button