
BYD KINI MENDAHULUI TESLA DALAM SEGMEN KENDERAAN TENAGA BAHARU (NEV) DI CHINA
Syarikat China BYD kini boleh mendakwa sebagai pengeluar terbesar di dunia di dalam kategori kenderaan tenaga baharu (NEV) untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2022.
Sepanjang Januari-Jun, BYD telah berjaya menjual sebanyak 641,350 unit NEV (terdiri daripada EV, PHEV, dan kenderaan hidrogen), dengan peningkatan sebanyak 314.9 peratus.
Ini menjadikan BYD sebagai pengeluar kenderaan terbesar di hadapan Tesla yang hanya menjual 546,000 unit EV untuk tempoh yang sama.
Menurut laporan CarNewsChina, BYD Song merupakan model yang paling laris terjual pada bulan Jun dengan 32,077 unit telah diedarkan diikuti oleh model BYD Qin (26,623 unit), BYD Han (25,439 unit), BYD Yuan (19,731 unit), BYD Dolphin (10,376 unit) dan BYD Tang (8,134 unit).
BYD masih lagi menyasarkan angka jualan antara 1.1 juta hingga 1.2 juta unit NEV untuk tahun ini, terdiri daripada 600 ribu EV dan 500-600 ribu unit PHEV. – CarNewsChina







