Buletin

PROTON X70 AKAN DILANCARKAN MINGGU DEPAN!

Pihak media hari ini sudah menerima jemputan rasmi pelancaran Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) yang dijadualkan pada 12 Februari, Rabu minggu hadapan.

Esok (4 dan 5 Februari) pihak media juga telah dijemput lebih awal untuk sesi pandu uji X70 CKD yang akan menggunakan laluan Kuala Lumpur ke Kuantan (pergi balik).

Dan seperti yang diberitakan sebelum ini, versi CKD ini akan menggunakan kotak gear DCT bagi menggantikan kotak gear konvensional pada model CBU dari China.

Kotak gear DCT tujuh kelajuan ini telah dibangunkan bersama oleh Geely dan subsidiari mereka Volvo dan telah digunakan dengan meluas pada model-model terkini kumpulan syarikat ini yang terdiri daripada Volvo XC40 dan rangkaian terbaru model Lynk & Co dan Geely. Kebanyakan model terkini mereka menggunakan enjin tiga silinder turbocharged 1.5 liter.

Namun bagi kes X70, ia masih mengekalkan enjin empat selinder turbo 1.8 liter JLE-4G18TDC dengan penghasilan 181 hp.

Jika dilihat secara teknikal, ia tidak menghasilkan sebarang perubahan angka keluaran kuasa namun penggunakan kotak gear moden ini memendekkan jarak pecutan lantas menghasilkan ekstra 15Nm tork. Tujahan kuasa kini meningkat kepada 300 Nm dari 1,750 hingga 4,000 rpm; namun penghasilan kuasa tetap sama iaitu 181 hp pada 5,500 rpm.

Meskipun Geely Boyue (model asal X70) adalah model yang telah berusia hampir lima tahun, namun pembinaaan asas enjin ini jauh mendahului masa. Ia telah disediakan dengan talaan moden, dilengkapi dengan peralatan pelepasan yang diperbaharui yang membolehkan ia memenuhi peraturan baru Euro 6d jika diperlukan pada masa akan datang.

Penggunaan kotak gear baru juga telah menghasilkan kecekapan bahan api, dengan angka gabungan turun dari 7.8 liter setiap 100 km kepada 7.5 bagi model yang dipacu dua roda hadapan.

Apa perubahan lain pada X70 CKD?

Mazda CX30

Setakat artikel ini ditulis, kami tak dapat gambarkan sebarang kemaskini pada model CKD. Namun, kami jangkakan ia akan ditala dengan pengendalian Proton, ciri-ciri tambahan seperti tailgate berkuasa elektrik dan beberapa khabar juga memberitahu bahawa satu varian telah ditambah iaitu Premium X.

Ia akan menggantikan model Executive AWD menjadikan rangkaian varian terkini ialah Standard, Executive, Premium dan Premium X.

Google ads
Back to top button