Buletin

RENAULT E-STORE. BELI DAN LANGGAN KERETA SECARA DIGITAL

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari ini melancarkan Renault E-Store baharu dengan ciri ‘Buy a Renault’ dan ‘Subscribe’ pada laman web Renault Malaysia. Langkah ke arah e-dagang itu merupakan yang pertama dalam industri automotif.

Selain tidak perlu pergi ke bilik pameran dan memandu uji kenderaan Renault selama tiga jam yang ditawarkan menerusi GoCar, pelanggan kini boleh memiliki kemudahan untuk membeli atau melanggan sebuah Renault secara digital.

Membeli atau melanggan kereta boleh menjadi satu proses yang memakan masa dan memenatkan. Pertama di Malaysia, Renault E-Store membuatkan seluruh proses pembelian lebih mudah dengan pengalaman digital sepenuhnya.

Daripada mendapatkan sesi pandu uji hinggalah penyerahan kereta Renault, pelanggan boleh memulakan perjalanan pemilikan mereka secara dalam talian dari rumah dan pada bila-bila masa sahaja.

Tawaran ‘Beli Satu, Percuma Satu’

Bagi meraikan pelancaran Renault E-Store, TCEC turut melanjutkan tawaran ‘Beli Satu, Percuma Satu’ untuk 50 pelanggan pertama yang membeli secara dalam talian.

Semua pelanggan ini akan menerima langganan selama enam bulan crossover Captur secara percuma. Langganan itu boleh dipindahkan kepada ahli keluarga.

Membeli sebuah Renault – bagaimana ia berfungsi

Terbuka kepada semua model Renault di Malaysia, tawaran ‘Beli sebuah Renault’ menawarkan pelbagai ciri mudah sepanjang proses membeli sebuah kenderaan baharu.

Mazda CX30

Dengan hanya melayari laman web Renault Malaysia (www.renault.com.my), pelanggan boleh melengkapkan penyelesaian yang menyeluruh ini:

  • Pilih model dan warna yang dimahukan
  • Buat bayaran tempahan
  • Hantar dokumen-dokumen berkaitan
  • Hantar perincian penilaian trade-in 
  • Sediakan pinjaman bank yang dimahukan
  • Periksa status kenderaan baharu mereka
  • Nyatakan lokasi penyerahan sama ada di bilik pameran Renault atau dihantar ke lokasi pilihan (tambahan kos)

Bagi memastikan kemudahan yang optimum kepada pelanggan, agen-agen Renault akan membantu pelanggan melalui setiap proses pembelian.

Langgan sebuah Renault – kini digital sepenuhnya

Dilancarkan pada Ogos 2019, Renault telah membawa Renault Subscription selangkah ke hadapan bagi membolehkan pelanggan melengkapkan transaksi mereka secara dalam talian. Pelanggan hanya perlu melayari laman web Renault Malaysia. Di sana mereka boleh:

  • Memilih kenderaan yang ingin dilanggan
  • Memuat naik dokumen-dokumen sokongan
  • Melihat status permohonan
  • Membuat bayaran dan deposit sekuriti
  • Menguruskan bayaran bulanan langganan mereka

Pelanggan boleh memandu pulang kereta Renault serba baharu mereka dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembayaran (bergantung kepada model). 

Sebagai tambahan, pelanggan yang memiliki Switch Plan boleh memohon dan menguruskan kenderaan Switch mereka secara dalam talian. Subscription Switch Plan menawarkan fleksibiliti dan membolehkan pelanggan untuk bertukar di antara model-model Renault bergantung kepada keperluan mereka.

Pandu uji tanpa perlu pergi ke bilik pameran

Pelanggan boleh memohon sesi pandu uji di mana-mana pameran Renault yang mereka inginkan secara dalam talian melalui laman web Renault Malaysia.

Khas untuk model Captur, pelanggan boleh mendapatkan sesi pandu uji selama tiga jam tanpa sebarang tekanan dan tidak ditemani oleh jurujual. Dijayakan dengan kerjasama di antara TCEC dan GoCar, pengalaman pandu uji yang unik ini boleh didapati di lebih 250 lokasi di seluruh negara.

Renault E-Store merupakan sebahagian daripada proses transformasi Renault dengan matlamat mejadikan sejumlah kecil bilik pameran Renault berfungsi sebagai galeri dan pusat maklumat di mana pelanggan boleh mengetahui tentang produk syarikat, menyelenggara kenderaan serta membeli barangan eksklusif Renault.

Rangkaian kenderaan Renault di Malaysia terdiri daripada sports hatch ikonik berprestasi tinggi Megane R.S. 280 CUP, SUV premium Koleos dan crossover gaya hidup yang versatil, Captur.

Maklumat lanjut mengenai Renault Online Store dan Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my atau hubungi talian 1800-18-8663 (Isnin – Ahad, 8am – 8pm).

Tags
Google ads
Back to top button