
RAMAI PEMILIK EV PILIH BERALIH SEMULA KEPADA ICE – KAJIAN
Populariti kenderaan elektrik (EV) tidak disangkal semakin meningkat terutamanya dengan pelbagai insentif diberikan oleh beberapa negara bagi mempercepatkan peralihan dunia ke arah tenaga mampan.
Namun, kajian S&P baru-baru ini mendedahkan bahawa sukar untuk memastikan pemilik EV semasa kekal komited atau terus setia kepada EV, sebaliknya berminat mendapatkan kenderaan pembakaran dalaman (ICE).
Kajian mendapati 63.2 peratus daripada pemilik Nissan EV akan membeli EV lain sebagai kenderaan seterusnya. Ini meletakkan pengeluar kereta Jepun itu hanya di hadapan Chevrolet yang mencatatkan kadar kesetiaan sebanyak 60.6 peratus.

Dari segi pengkhususan model, S&P Global Mobility mendapati 37.3 peratus pemilik Ford Mustang Mach-E membeli EV sebagai kenderaan seterusnya, manakala 45.8 peratus lagi memilih beralih semula kepada ICE atau rangkaian kuasa hibrid.
Data juga mendedahkan bahawa 60.7 peratus pemilik Chevrolet Bolt sedia ‘melompat’ kepada jenama EV lain sebagai kereta seterusnya
Bagaimanapun, kadar kesetiaan EV dalam kalangan pembeli kenderaan mewah telah melonjak dengan ketara dalam tempoh tiga tahun lalu, menghampiri atau melebihi paras 60 peratus.
Sebagai contoh, 56.6 peratus pembeli Mercedes-Benz EV akan membeli sebuah lagi EV sebagai kenderaan mereka yang seterusnya.
Kadar kesetiaan EV Jaguar juga melonjak daripada 25 peratus kepada 56.5 peratus manakala Audi meningkat daripada 25.5 peratus kepada 50.1 peratus.
Selain itu, Porsche turut mempunyai pelanggan setia, apabila mencatatkan peningkatan daripada 23.3 peratus kepada 36.8 peratus.
Pengeluar dari A.S., Tesla berada dalam liga sendiri untuk kajian ini, merekodkan peningkatan daripada 51.8 peratus kepada 76.7 peratus.
Menariknya, kesetiaan EV di kalangan pemilik BMW EV menurun daripada 46.6 peratus kepada 45.9 peratus.
- BACA: LITHIUM DALAM BATERI EV BOLEH JEJAS ALAM SEKITAR – KAJIAN CALIFORNIA UNIVERSITY
- BACA: TURUNKAN HAD LAJU MAMPU KURANGKAN RISIKO CEDERA DALAM BANDAR – KAJIAN
- BACA: KAJIAN MENDAPATI BILANGAN PENDERMA ORGAN MENINGKAT 21 PERATUS SEMASA PERHIMPUNAN MOTOSIKAL
- BACA: BUTANG FIZIKAL SAH LEBIH MUDAH DIKENDALIKAN DARIPADA SKRIN SENTUH – KAJIAN