
KAJIAN MENDAPATI BILANGAN PENDERMA ORGAN MENINGKAT 21 PERATUS SEMASA PERHIMPUNAN MOTOSIKAL
Penyelidik di University of California San Francisco dan NYC Health + Hospitals di New York City telah membuat kesimpulan bahawa terdapat banyak pemindahan organ ketika perhimpunan motosikal diadakan.
Data menunjukkan selama sembilan hari perhimpunan motosikal, secara purata, terdapat 14 peratus lebih ramai penderma organ dan 19 peratus lebih tinggi berbanding bukan hari perhimpunan motosikal. Secara matematiknya, 406 penderma organ, manakala 1,400 penerima sepanjang sembilan hari tersebut.
Penyelidik juga melihat data pada empat minggu sebelum serta selepas perhimpunan motosikal. Mereka mendapati terdapat 21 peratus lebih ramai penderma organ setiap hari dan 26 peratus lebih banyak pemindahan dilakukan dalam tempoh itu berbanding sepanjang tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka mendapati terdapat 2,332 penderma organ dan 7,714 melakukan pemindahan organ.
Purata umur penderma dalam tempoh perhimpunan motor adalah 32.5 manakala purata umur untuk mereka yang menerima organ ialah 49.3. Daripada jumlah penderma, 70.9 peratus adalah lelaki, sementara untuk penerima, 64 peratus juga datangnya dari gender lelaki.
Para penyelidik melihat data daripada Pendaftaran Saintifik Penerima Pemindahan dari 2005 hingga 2021. Mereka memberi tumpuan kepada kawasan di mana tujuh perhimpunan motosikal berikut diadakan, Atlantic Beach Bikefest di Carolina Selatan, Bikes, Blues & BBQ di Arkansas, Daytona Bike Week di Florida, Laconia Motorcycle Week di New Hampshire, Perhimpunan Musim Bunga Myrtle Beach Bike Week di Carolina Selatan, Perhimpunan Bikers Republik Texas di Austin dan Perhimpunan Motosikal Sturgis di South Dakota.
“Penemuan ini tidak menghairankan memandangkan kematian yang tinggi dikaitkan dengan kemalangan motosikal,” tulis penulis. “kajian ini memberikan peringatan mengenai keselamatan semasa melakukan aktiviti berisiko tinggi dan mempertimbangkan untuk ikut serta menjadi penderma organ bagi membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa.”
- BACA: RIDER GRAB BASAH KUYUP HANTAR MAKANAN KECEWA TAK DAPAT TIP. NETIZEN JAWAB TIADA SIAPA HUTANG DENGAN KAU..
- BACA: TERBALIKKAN MYVI LANGGAR RIDER FOOD PANDA, 3 LELAKI DITAHAN POLIS
- BACA: BENGANG DIHON, POLIS KESAN RIDER CUBA BALING HELMET DI JALAN TEMIANG-PANTAI
- BACA: KONGSI RAKAMAN DASHCAM ‘RIDER’ LANGGAR UNDANG-UNDANG TRAFIK DENGAN POLIS

