
BUTANG FIZIKAL SAH LEBIH MUDAH DIKENDALIKAN DARIPADA SKRIN SENTUH – KAJIAN
Pengkritik hari ini suka merungut tentang betapa hebatnya butang fizikal berbanding skrin sentuh. Tetapi apakah bukti yang ada untuk menyokongnya? Nah, sebuah penerbitan di Sweden, Vi Bilāgare baru sahaja menjalankan ujian yang membuktikan pengkritik itu betul.
Ia menguji 11 kenderaan moden yang dilengkapi skrin infotainmen sensitif sentuhan dengan Volvo V70 buatan tahun 2005 untuk melihat mana satu lebih mudah untuk dikendalikan. Jadi, pemandu dalam setiap kenderaan perlu melakukan beberapa tugasan mudah.
Pemandu diminta untuk mengaktifkan ciri pemanas tempat duduk, menaikkan suhu dalam kabin sebanyak dua darjah, dan memulakan penyahbeku. Selain menghidupkan radio dan laraskannya ke stesen tertentu; set semula komputer perjalanan dan menurunkan panel lampu instrumen ke paras terendah.

Semua itu merupakan adalah tugas munasabah yang boleh dilakukan oleh mana-mana pemandu. Dalam Volvo V70 berusia 17 tahun, pemandu hanya mengambil masa 10 saat untuk melaksanakan semua tugas. Pada kelajuan 110 km/j (68mph), pemandu dapat menyempurnakan semua tugasan tersebut dalam jarak hanya 300 meter.
Cuma dua kenderaan moden dapat menyiapkan tugasan itu dalam masa 10 saat. MG Marvel R pula menjadi model berprestasi paling teruk kerana pemandunya mengambil masa 44.9 saat untuk menyelesaikan semua tugas dan kenderaan sudah bergerak sejauh 1.3km.
Sebahagian besar masa dihabiskan untuk menu navigasi. Berbeza dengan butang fizikal, ia daoat dikendalikan dengan sentuhan sahaja. Volvo C40 dan Dacia Sandero menunjukkan prestasi yang hampir sama dengan V70 lama. Ia mengambil masa 13.7 dan 13.5 saat untuk melaraskan semua fungsi tersebut.
Menurut pasukan di Vi Bilāgare, walaupun BMW iX menggabungkan butang fizikal dan skrin sentuh, ia kekal sebagai salah satu sistem yang paling rumit untuk dikendalikan.
Pemandu memerlukan 30.4 saat untuk menukar semua fungsi tersebut. Mereka terpaksa mengambil masa yang lama walaupun sudah diberi peluang untuk membiasakan diri dengan pengendalian sistem infotainmen sebelum ujian dijalankan.
Ketika seluruh sistem infotainmen skrin sentuh diuji, pemandu mengambil masa purata 24.7 saat untuk melaksanakan semua tugas, hampir 2.5 kali lebih lama daripada yang dilakukan dengan sistem tanpa skrin. Itu menjadikan tugas pereka kenderaan tugas paling penting pada masa sekarang.



