Buletin

MOTO MORINI PERKENALKAN CALIBRO 650 2024 – BAKAL TERSEDIA DI EROPAH NOVEMBER INI

Moto Morini secara rasmi memperkenalkan motosikal gaya ‘cruiser’ Calibro 650 2024 untuk pasaran Eropah.

Menurut laporan, ia direka sepenuhnya oleh Moto Morini di European Style Center iaitu syarikat sama yang menghasilkan rekaan bagi X-Cape serta Seiemmezzo 650.

Selain itu, Calibro 650 2024 juga didatangkan dengan dua pilihan tempat duduk iaitu sama ada jenis tunggal ataupun untuk dua orang.

Jentera ini dipadankan bersama kerangka ‘double cradle steel’ dan dilengkapi rim 18-inci (hadapan) serta 16-inci (belakang), manakala ketinggian tempat duduk ditetapkan pada 720mm.

Calibro 650 diserlahkan lagi melalui pencahayaan LED penuh, manakala beberapa perincian lagi masih belum didedahkan.

Dari segi kuasa, ia dipacu oleh enjin parallel-twin 650cc, berupaya menghasilkan 60hp pada 8,250 rpm dan tork 56 Nm pada 7,000 rpm.

Buat masa ini, Moto Morini mempersembahkan Calibro sebagai konsep sedia pengeluaran di Eropah dan dijangka dilancarkan di EICMA pada 9 hingga 12 November 2023.

Google ads
Back to top button