
LITHIUM DALAM BATERI EV BOLEH JEJAS ALAM SEKITAR – KAJIAN CALIFORNIA UNIVERSITY
Satu kajian oleh California University, Amerika Syarikat, mendapati bahawa lithium yang digunakan dalam bateri kenderaan elektrik, boleh membawa kepada kemusnahan alam sekitar.
Memetik dari kajian berkenaan, perlombongan berskala besar membawa kepada kemudaratan sosial dan alam sekitar, merangkumi peningkatan intensiti kemarau serta pengurangan kepelbagaian biologi.
Di AS, 79 peratus daripada deposit lithium adalah terletak dalam jarak 35 batu dari penempatan Orang Asli Amerika dan operasi perlombongan sering dimulakan tanpa mendapat kebenaran orang asli di kawasan itu.

Selain AS, negara Amerika Selatan seperti Chile dan Argentina turut berhadapan situasi serupa sekali gus menjejaskan alam sekitar serta perkembangan sosial.
Menurutnya, kesan dari perlombongan lithium boleh dilihat pada waktu ini di mana pemanasan global semakin meningkat selain, bumi mengalami permasalahan kekurangan air.
Di Eropah, UK atau Perancis sedang bersiap sedia menghadapi isu kemarau, walaupun dari segi sejarah, negara disebutkan di atas tidak mengalami situasi seperti itu sebelum ini.
Baru-baru ini, projek perlombongan lithium di AS di dakwa mempunyai penggunaan air tahunan setara dengan 15,000 rumah. Jadi, adalah jelas untuk melihat bahawa perlombongan lithium sebenarnya memburukkan lagi isu pemanasan global.
Ya, anda pasti terfikir kenapa hanya industri pengangkutan sahaja dipersalahkan? Untuk menjawab soalan berkenaan, kajian mendapati industri pengangkutan menerima permintaan lebih besar bagi lithium berbanding elektronik isi rumah standard.
Penyelesaian utama ditawarkan oleh kajian ini ialah industri pengangkutan perlu mengurangkan permintaaan atau penggunaan lithium selain, mengurangkan saiz kenderaan elektrik atau bateri yang digunakan.
- BACA: LITHIUM MANGANESE IRON PHOSPHATE MANGANESE, TAHAN 2 JUTA KILOMETER
- BACA: BATERI ION SODIUM, LEBIH MURAH & BAKAL GANTIKAN BATERI LITHIUM ION
- BACA: KENAPA BATERI BYD BLADE LAGI POWER DARI BATERI ION LITHIUM TESLA?
- BACA: BATERI LITHIUM-ION DYNAVOLT LEBIH RINGAN DAN BERKUASA. HARGA BERMULA RM199 SAHAJA

