
EV TERLALU BERAT, PAGAR KESELAMATAN LEBUH RAYA TAK CUKUP KUAT
Pada tahun 1990-an, Midwest Roadside Safety Facility telah melakukan kajian mendalam terhadap sistem pagar lebuh raya berusia 50 tahun pada masa itu.
Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem tersebut tidak mampu mengendalikan jumlah kenderaan SUV dan trak yang semakin meningkat pada masa itu.
Sebagai tindak balas terhadap situasi ini, pagar lebuh raya kemudiannya direka semula untuk dapat mengendalikan kenderaan yang lebih besar dan berat.

Namun demikian, perkara tersebut berlaku sebelum adanya kenderaan elektrik yang sangat berat.
Ujian terkini menunjukkan pagar berkenaan tidak mampu untuk menahan impak daripada kenderaan elektrik Rivian R1T yang mempunyai berat 7,100 paun.
Video terbaru daripada Midwest Roadside Safety Facility di Universiti Nebraska menunjukkan bagaimana kenderaan elektrik tersebut mampu merobohkan pagar lebuh raya tersebut seperti tisu.
Cory Stolle, dari Midwest Roadside Safety Facility, mengungkapkan bahawa “Sistem tersebut tidak dicipta untuk mengendalikan kenderaan melebihi 5,000 paun.”

Walaupun banyak pengeluar kenderaan elektrik menonjolkan peningkatan keselamatan EV, keselamatan tersebut adalah untuk bahagian dalaman.
Penyelidik mencatat bahawa ruang penumpang R1T masih dalam keadaan baik selepas ujian, dan penumpangnya kemungkinan besar akan selamat dari kemalangan itu tanpa kecederaan serius.
Walau bagaimanapun, penumpang tersebut tidak akan bernasib baik jika kenderaan mereka merobohkan pagar lebuh raya di pinggir tebing, dan sesiapa dalam kenderaan lebih ringan yang bertembung dengan kenderaan elektrik tersebut juga berisiko serius.
Tambahnya lagi, perlu diingatkan bahawa EV bukanlah satu-satunya kenderaan yang melampaui berat 5,000 paun.
“Banyak pikap berukuran besar atau berat di pasaran dan EV secara universal lebih berat daripada kereta petrol,” jelasnya.
“Kita perlu mengetahui sebanyak mungkin sekarang kerana ia mengambil masa untuk merancang sistem baru, menilainya, dan mengesahkan hasil tersebut dengan ujian kemalangan skala penuh,” katanya.
- BACA: MITSUBISHI XPANDER XFORCE BAKAL TIBA DI PASARAN MALAYSIA TAHUN INI, HARGA SEKITAR RM120K
- BACA: HONDA CITY HATCHBACK 2024 DILANCARKAN DI THAILAND – LIMA VARIAN, HARGA BERMULA RM80K
- BACA: INILAH CARA BAGAIMANA GRAN TURISMO RAKAM BUNYI KERETA YANG REALISTIK – LAGI BEST DARI LAYAN LAGU K-POP
- BACA: KOENIGSEGG DAN BUGATTI BAKAL BERTARUNG REBUT TAKHTA 500 KMJ – LAJU-LAJU SANGAT NI NAK KE MANA?