Buletin

ALPINE A110 PIKES PEAK JUGA MAHU MENCABAR MENAKLUK AWAN

Model kereta sport Alpine A110 ini barangkali kurang popular. Namun itu bukanlah alasan untuk pengeluar kereta sport dari Perancis ini tidak mahu turut serta dalam perlumbaan unik, Pikes Peak. Nah, inilah dia model Alpine A110 Pikes Peak. Nampak garang betul kan boleh dah pakai kit badan serupa kapal angksa ni.

Dan dengan ini pengeluar Alpine ini dengan beraninya menyatakan kereta A110 ini sebagai model yang paling ekstrem pernah dibina sehingga kini. Daripada sebuah model jalanan yang kelihatan sporty dan sopan kini berubah kepada sebuah jentera perlumbaan yang tampak garang dan ganas yang layak untuk bersaing dalam kategori Time Attack 1.

Sudah tentu model yang dibina khas untuk berlumba untuk menaklum awan ini merupakan karya agung buat Alpine buat mengharungi trek laluan Pikes Peak sejauh 19.93 km. Tidak usah kita bahas tentang aerodinamik dan sebagainya kerana semua ramuan itu sudah ada pada model ini.

Projek ini merupakan kerjasama rapat dan berjaya diantara pasukan reka bentuk Alpine yang diketuai oleh Raphaël Linari (Pengurus Reka Bentuk) dan pasukan Signatech yang diketuai oleh Lionel Chevalier (Pengarah Teknikal) dan François Letort (Pengurus Projek), bagi menghasilkan sebuah model A110 yang paling ekstrem hingga kini, telah diubah menjadi sebuah jentera perlumbaan yang hebat.

Antara ciri-ciri yang paling mengagumkan dan ketara adalah splitters dan deflectors di hujung spoiler. Tidak ketinggalan juga adalah penggunaan wing yang besar terbahagi dua untuk menghasilkan daya turun di 156 selekoh laluan. Mungkin sedikit radikal bagi sebuah kereta yang asalnya untuk kegunaan jalanan.

Kerja radikal yang dilakukan pada Alpine A110 juga kelihatan melalui skirting sisi dan diffuser yang ada. Sementara itu terdapat juga saluran kemasukan udara yang besar bagi memaksa udara masuk ke dalam ruangan enjin menghasilkan hampir 500 kuasa kuda. Kerja khusus ekstensif juga telah dilakukan untuk mengurangkan berat kereta kepada hanya 950 kilogram.

Pengurangan berat ini cukup signifikan memandangkan berat jentera perlumbaan model Alpone A110 ini juga setakat 1,082kg sahaja. Terima kasih kepada penggunaan bahan carbon fiber bagi mengurangkan berat badan Alpine A110 Pikes Peak ini.

Sebagai persediaan, Alpine telah mengadakan ujian pertama A110 Pikes Peak di litar Lurcy-Lévis di Perancis, dengan rancangan untuk membiarkan pemenang Piala FIA R-GT 2022, Raphaël Astier, memandu kereta itu untuk pertama kalin. Untuk rekod Raphaël Astier Astier memenangi Piala FIA R-GT 2022 dengan memandu kereta lumba Alpine A110.

BACA : ALPINE A110 R FERNANDO ALONSO, RINGAN, LAJU DAN TERHAD!

BACA : ALPINE A110 SAN REMO 73 – DNA RALI DENGAN UNIT TERHAD

Google ads

B K

Back to top button