
VOLVO CARS BERI MAKNA BARU KEPADA KESELAMATAN MENERUSI KEMPEN FOR LIFE
Bermula dengan pengenalan tali pinggang keselamatan kepada dunia, kemudian mengehadkan kelajuan 180km/j, Volvo Cars kini memperkenalkan Kempen For Life, bermatlamat mencapai kadar kecederaan dan kematian sifar.
Seiring dengan perjalanan ke arah era baharu, pemilik kenderaan harus sedar bahawa keselamatan tidak hanya tentang sistem keselamatan aktif atau pasif yang ada di kenderaan kita.
Oleh itu, Volvo Cars memperkenalkan beberapa aset komunikasi untuk mendorong kita melihat keselamatan dari sudut berbeza, selain mengenal pasti fikiran, perasaan, dan emosi kita hadapi ketika memandu.

Selain itu, tidak boleh dinafikan bahawa faktor-faktor penyumbang seperti keletihan, gangguan atau tidak fokus ketika memandu juga menyumbang kepada insiden tidak diinginkan di atas jalan.
Kempen For Life ini menampilkan beberapa soalan berkaitan keselamatan yang merangsang fikiran untuk membantu kita memahami bagaimana kehidupan memberi kesan terhadap pemanduan serta menggalakkan pemandu melihat keselamatan lebih mendalam.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen For Life, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di laman Facebook dan Instagram.
- BACA: KONFLIK RUSIA-UKRAINE:- VOLVO CARS, TRUCKS GANTUNG JUALAN DI RUSIA
- BACA: VOLVO CARS MALAYSIA CATAT JUALAN TERTINGGI DALAM SEJARAH, 2,229 UNIT PADA TAHUN 2021
- BACA: GEELY DAN VOLVO CARS TUBUHKAN AUROBAY. JADI PEMBEKAL ENJIN DI PERINGKAT GLOBAL
- BACA: VOLVO CARS TINGKATKAN PENGELUARAN EV 3 KALI GANDA DI KILANG GHENT BELGIUM








