Buletin

GEELY DAN VOLVO CARS TUBUHKAN AUROBAY. JADI PEMBEKAL ENJIN DI PERINGKAT GLOBAL

Geely dan anak syarikatnya, Volvo Cars dilapor bersetuju untuk menubuhkan sebuah syarikat kerjasama yang diberi nama Aurobay bagi operasi enjin serta rangkaian kuasanya. 

Aurobay akan menjadi pembekal penyelesaian lengkap rangkaian kuasa yang merangkumi enjin pembakaran dalaman generasi baharu, transmisi dan sistem hibrid di peringkat global. Pada peringkat awal, syarikat tersebut akan dimiliki secara bersama oleh Geely dan Volvo Cars. 

Kemudian, Volvo Cars akan memindahkan semua aset di dalam anak syarikatnya iaitu Powertrain Engineering Sweden, kilang enjin Skovde di Sweden dan China serta aset-aset berkaitan dalam tempoh beberapa bulan lagi. Penubuhan syarikat JV dan pemindahan aset ini membolehkan Volvo Cars untuk fokus dalam pembangunan kereta elektrik premium. 

Syarikat tersebut mensasarkan 50 peratus jualan globalnya terdiri daripada EV menjelang tahun 2025 dengan 50 peratus lagi model hibrid. 

Bagi Geely Holdings pula, Aurobay akan memperoleh manfaat dari segi pasukan R&D yang mantap, teknologi terkini, serta rangkaian kuasa enjin dan sistem hibrid untuk kenderaan di bawah jenamanya. 

Ia juga berhasrat untuk membekalkan rangkaian kuasa itu kepada pengeluar lain. Sekali gus menjadi peneraju dalam penyelesaian rangkaian kuasa yang berkualiti tinggi, rendah emisi dan cekap. 

Google ads
Back to top button