Buletin

VOLVO TAWAR REBAT SEHINGGA RM70,000 SEMPENA KEMPEN 48-HOUR MERDEKA DEAL

Volvo Car Malaysia bakal mengadakan kempen jualan khas 48-Hour Volvo Merdeka Deal pada 15 dan 16 Ogos ini, menawarkan rebat tunai sehingga RM70,000 untuk model SUV tujuh tempat duduk Volvo XC90, tertakluk kepada stok yang terhad.

Kempen selama dua hari itu turut menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif kepada pelanggan yang hadir ke acara berkenaan.

Pengunjung yang melakukan pandu uji mana-mana model Volvo akan menerima minuman kopi artisanal secara percuma.

Mereka yang membuat tempahan kenderaan sepanjang kempen pula layak menyertai cabutan bertuah dengan peluang memenangi barangan eksklusif Volvo.

Selain itu, pelanggan yang menerima penyerahan kenderaan baharu turut berpeluang memperoleh hadiah misteri.

XC90 kekal menjadi antara model paling popular dalam barisan Volvo menerusi gabungan reka bentuk Scandinavia, ruang kabin yang luas, teknologi keselamatan canggih serta keselesaan premium untuk seisi keluarga.

Tawaran rebat khas ini menjadikannya antara pilihan menarik bagi pembeli yang ingin menaik taraf ke SUV mewah.

Selain XC90, beberapa model lain turut ditawarkan dengan rebat istimewa sepanjang hujung minggu berkenaan.

New Volvo XC90: studio still

Antara tawaran yang disediakan ialah:

  • Volvo XC90 – Rebat tunai sehingga RM70,000 (stok terhad).
  • Volvo EX30 Ultra – Rebat RM30,888.
  • Volvo EC40 Single – Rebat RM30,000.
  • Volvo XC60 MY26 – Rebat RM29,200 berserta pakej VSP Plus 5 bernilai RM15,800.
  • Volvo ES90 – Rebat RM20,000, tambahan rebat hujung minggu RM7,000 serta Volvo Wallbox percuma bernilai RM3,990.

Kempen ini berlangsung di seluruh negara menerusi rangkaian pengedar sah Volvo.

Bagi pelanggan di Lembah Klang, acara utama akan berlangsung di Carfe, Petaling Jaya dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada kedua-dua hari tersebut.

Pelanggan di luar Lembah Klang pula boleh mengunjungi bilik pameran Volvo yang mengambil bahagian di Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Kota Kinabalu untuk menikmati tawaran sama.

Google ads
Back to top button