Motosikal

RASMI: AVETA NOVA 250 KINI DENGAN WARNA BAHARU – DARI RM14,388

Aveta Motor Malaysia dengan rasminya memperkenalkan dua pilihan warna baharu bagi skuter maxi 250cc, Aveta Nova 250.

Selepas memperkenalkan Nova 160 SE dengan dua warna baharu, giliran Nova 250 menerima layanan yang sama. Nova 250 kini hadir dengan warna Titan Red dan Nordic Blue (Edisi Terhad).

Warna Titan Red menyerlahkan penampilan sporty Nova 250 dan ditawarkan dengan harga RM14,388 sementara Nordic Blue yang terhad kepada 688 unit sahaja dijual dengan harga RM14,888

Menurut Aveta, Nova 250 dengan warna Nordic Blue turut didatangkan dengan nombor siri unik bermula dari 001 hingga 688. Selain warna, Nordic Blue juga dinaik taraf dengan handlebar jenis aluminium yang lebih sporty serta logo Aveta yang istimewa. 

Atas kertas, skuter maxi ini menawarkan pelbagai ciri moden termasuk skrin TFT 7-inci yang boleh disambungkan ke telefon pintar, dashcam hadapan, pengecas USB, sistem keyless, lampu LED penuh, TPMS (tyre pressure monitoring system), ABS dwi-saluran dan traction control. 

Menggerakan NOVA 250 ada enjin satu silinder 244.3cc SOHC yang berupaya menjana 25.5hp pada 6,500rpm dan 23Nm pada 6,500rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi CVT.

GALERI: AVETA NOVA 250 NORDIC BLUE

GALERI: AVETA NOVA 250 TITAN RED

Google ads
Back to top button