Motosikal

RASMI: THUNDER CUSTOM LS250-S LANCAR DI MALAYSIA – RM23,788

Bike Continent Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Thunder Motorcycle di Malaysia dengan rasminya melancarkan Thunder Custom LS250-S dengan harga jualan RM23,788. 

Jenama motosikal dari Jepun itu mencuri tumpuan tahun lalu di Art Of Speed 2025 apabila membariskan dua varian LS250-S menerusi Hardtail dan Softail.

Menariknya, pihak Thunder Motorcycle turut menggunakan peluang itu untuk menyerahkan 100 unit pertama kepada pelanggan yang telah membuat tempahan awal. 

Atas kertas, Thunder Custom LS250-S ini dipacu enijn V-Twin 249cc yang berupaya menjana 17hp pada 8,000rpm dam 19Nm pada 6,000rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 5-kelajuan dengan sistem pacuan akhir menggunakan rantai. 

Meskipun kelihatan minimalis namun motosikal baharu ini hadir dengan sistem ABS secara standard yang dipadankan bersama rim 16-inci depan dan belakang. 

Diilhamkan dari motosikal kustom Harley-Davidson, Thunder Custom LS250-S ini juga mengguna pakai sistem springer fork. 

Untuk rekod, varian Hardtail menawarkan spring di bawah tempat duduk penunggang manakala Softail lebih selesa apabila menawarkan monoshock. Antara perincian lain ditawarkan termasuk meter analog serta tangki 7-liter. 

Google ads
Back to top button