Motosikal

BMW MOTORRAD TERAJUI SEGMEN PREMIUM, 202,563 UNIT TERJUAL BAGI 2025

BMW Motorrad sekali lagi merekodkan keputusan positif bagi tahun 2025 apabila merekodkan penyerahan motosikal tertinggi bagi segmen premium. 

Menurut BMW Motorrad dalam satu kenyataan, sebanyak 202,563 unit motosikal telah terjual sekaligus mengesahkan kedudukan jenama Jerman itu sebagai pendahulu segmen premium bagi empat tahun berturut-turut. 

Bagi tahun 2025, BMW R 1300 GS Adventure paling popular dengan 33,570 unit terjual diikuti R 1300 GS dengan 32,555 unit terjual. Sementara itu, BMW S 1000 RR di tempat ketiga dengan 11,643 uni terjual. 

Namun begitu, prestasi model 900cc ke bawah turut menunjukan angka positif dengan 41,166 unit berjaya direkodkan. Antara model popular termasuk F 800 GS, F 900 R dan F 900 GS. 

Segmen elektrik juga menunjukan jualan yang memberangsangkan dengan model C 400 GT , C 400 X dan CE 04 serta CE 02 merekodkan 18,400 jualan. 

Menariknya, BMW juga yakin akan meneruskan rentak sama pada tahun 2026 yang bakal didukung dengan model BMW F 450 GS serba baharu. 

Google ads
Back to top button