
RASMI: QJMOTOR SRK 250 RD DAN SRK 450 RR TIBA DI PENGEDAR – DARI RM21,888
MForce Bike Holdings Sdn Bhd dengan rasminya mengumumkan ketibaan QJMotor SRK 250 RD dan SRK 450 RR di pengedar rasmi seluruh negara.
QJMOTOR SRK 250 RD – RM21,888

Untuk rekod, SRK 250 RD ini merupakan antara tawaran terbaru QJMotor untuk pasaran global.
Motosikal bernadikan enjin empat silinder 249cc ini menawarkan 40hp dan mampu rev sehingga 15,500rpm (sama seperti Ninja ZX-25R). Tork puncak pula hadir pada 22Nm pada 12,500rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan.

Selain menawarkan pakej brek Brembo M4.32 yang dipadankan bersama cakera brek tunggal 320mm depan dan 240mm belakang, SRK 250 RD ini turut dilengkapi dengan fork USD dari Marzocchi.
Dalam pada itu, ABS dwi-saluran juga didatangkan secara standard termasuk skrin TFT, USB Type-A dan Type-C, pencahayaan LED penuh, traction control (boleh didapamkan), dashcam depand an belakang, TPMS, dua mod (Normal dan Sport) serta Launch Control.

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:
- tayar 110/70-17 depan
- tayar 150/60-17 belakang
- berat 176kg
- tangki 16L
- berat 176kg
Menariknya, skrin TFT juga boleh disambungkan ke telefon pintar menerusi Carbit Ride serta fungsi screen mirroring bagi peranti Android dan iOS.
QJMOTOR SRK 450 RR – RM25,888

Atas kertas, 450 RR ini dikuasakan enjin empat silinder 421cc 16V DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 77.6hp pada 14,000rpm dan 39Nm pada 13,000rpm.
Angka kuasa itu meletakkan SRK 450 RR setaraf dengan Kawasaki Ninja ZX-4R.

Antara kelengkapan yang tersenarai termasuk fork jenis USD di bahagian depan yang dibekalkan Marzocchi, cakera brek berkembar 300mm depan dan 240mm belakang, ABS dwi-saluran dan TCS (traction control). Brek Brembo juga didatangkan secara standard di bahagian depan dan belakang.
Dalam pada itu, perincian lain ditawarkan termasuk tangki bahan apai berkapasiti 16.5L, berat 185kg, ketinggian tempat duduk 808mm.
GALERI: QJMOTOR SRK 250 RD




GALERI: QJMOTOR SRK 450 RR















